Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 26, 2013

KARNIVAL KECERGASAN DAN SUKAN TRADISIONAL PERINGKAT NEGERI PAHANG 2013


BENTONG - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bentong bakal mengadakan Karnival Kecergasan dan Sukan Tradisional Peringkat Negeri Pahang 2013. Tujuan utama karnival ini diadakan adalah untuk membudayakan sukan dikalangan masyarakat dan memperkenalkan sukan tradisional kepada golongan belia khususnya.

Karnival yang akan berlangsung pada 29-30 Jun 2013 (Sabtu Ahad) ini akan diadakan di Dataran Bentong. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Senamrobik, Kayuhan Cergas, Autoshow Kereta dan Motorsikal, Gerai Pameran dan Jualan.

Manakala sukan tradisional yang dipertandingkan pula adalah Tarik Tali, Sepak Raga Ratus, Galah Panjang, Rebut Negeri dan Kelereng. Selain itu Pertandingan Mr Gym juga akan diadakan.

Cabutan bertuah juga diadakan untuk peserta dan pengunjung karnival. Orang ramai dijemput datang bagi memeriahkan lagi suasana.

0 comments:

share2