Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 18, 2012

Wan Azizah Jurucakap Baru Parti PAS


Sejak bila pula Wan Azizah ni menjadi jurucakap bagi PAS. Sampaikan dia dengan beraninya mengatakan PAS tidak akan melaksanakan hudud. Boleh berdarah telinga puak PAS kalau dengar apa Wan Azizah ni cakap.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail percaya pelaksanaan hukum hudud bukan kepentingan utama Pas kerana tidak disentuh dalam ucapan dasar Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Muktamar Pas Ke-58 di sini hari ini.

Beliau berkata, isu hudud hanya ditimbulkan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) manakala fokus utama Pas adalah menegakkan negara berkebajikan serta perpaduan dalam kalangan parti pembangkang ketika menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Ucapan hari ini Pas tidak mengatakan begitu. Negara berkebajikan dan perpaduan itu yang diperkatakan, (hudud pula) dibesar-besarkan oleh Chua Soi Lek (Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek)," katanya ringkas ketika ditemui dalam Muktamar Pas Ke-58 di sini.

Wan Azizah mengulas pendirian PKR dalam pelaksanaan hukum hudud selepas Muktamar Dewan Ulama Pas Ke-51 semalam menyatakan pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, sekiranya Pas mendapat majoriti dalam Parlimen, undang-undang berkaitan hukum hudud akan dibentangkan dan jika mendapat sokongan serta diluluskan, akan menjadi undang-undang negara.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong yang turut hadir sebagai pemerhati pada muktamar itu menyatakan bahawa pakatan pembangkang sudah mempunyai dasar bersama yang dipersetujui iaitu Buku Jingga bukannya hukum hudud.

Sehubungan itu, katanya, perkara yang terdapat di dalam Buku Jingga adalah lebih utama untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding hudud sekiranya pembangkang mentadbir negara ini.


Nampak gayanya PAS ni makin dipijak pijaklah dalam Pakatan. Sampaikan Wan Azizahpun boleh cakap yang PAS tak akan laknasakan hudud. PAS kalau nak menipu pengikut sendiri mengenai pelaksanaan hudud bolehlah. Tapi kalau nak tipu rakyat Malaysia, tunggulah seribu tahun lagi. Itupun belum tentu rakyat boleh percaya.

0 comments:

share2