Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 19, 2012

Nik Aziz Kafirkan Umat Islam


Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menggelarkan Umno sebagai murtad dan berkata PAS bertindak betul dengan mengadakan sembahyang hajat, mendoakan bala Allah untuk menghancurkan parti pemerintah itu.

“Bila Umno buang Islam, maka Umno agama apa? Saya ulang lagi sekali, bila Umno tolak Islam dalam dasar hidup dia, maka agama apa yang Umno pakai? Bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka Umno sama ada Kristian kah, Buddha kah atau tidak ada agama?.

“Timbul masalah murtad...orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam...Umno menolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam,” kata Nik Aziz pada sidang media selepas muktamar PAS.

“(Jadi) tak salah lah,” kata beliau apabila ditanya sama ada bersetuju dengan sembahyang hajat yang dipimpin oleh adiknya, Nik Razi Nik Mat memohon bala Allah bagi menghancurkan Umno dan Barisan Nasional.

Nik Aziz mendakwa Umno menolak Islam dan justeru PAS berhak untuk mengadakan sembahyang hajat sedemikian.

“Bila Umno tolak Islam, tak kan nak biar?,” kata beliau.

Nik Aziz semakin lama semakin sesat. Sudah mengambilalih tugas tuhan dengan menghukum orang lain sebagai kafir mengikut hawa nafsunya sahaja. Nik Aziz mendakwa UMNO menolak islam, sedangkan Nurul Izzah mengatakan orang islam boleh murtad, dia langsung tak melenting. Malah dia sendiri bekerjasama dengan parti PKR dan DAP yang terang terang mengaku menolak islam. Gelaran kafir itu sudahpun terpalit ke mukanya sekarang.

1 comments:

  • Anonymous says:
    November 19, 2012 at 12:43 PM

    pas lah yg sahihsudah murtad! Pas lah yg membuang Islam, membuang hudud, membuangnegara Islam! Pas lah juga yg membuangsaudara Islam, mengkafirkan orang Islam lain yg tidak bersama pas!! Nik aziz jadigila babi kerana sejak sekian lama dia tak pernah akui umno sebagai Islam. Jika pd nik aziz, umno adalahbukan Islam, mana mungkin pulak umno murtad!!! Ini satu lagi bukti nyata betapa sesat dan jahat nik aziz. Dgn berterusan menuduh umno sbg tidak islam, nik aziz menjustifikasikan permusuhan dan kebenciannya terhadap umno. Tetapi alasan yg sama tidak nik aziz gunakan kpd dap dan pkr yg secara terang-terang dan terbuka menolak Islam dan agenda Islam dlm perjuangan kedua-duanya.

share2