Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 21, 2012

BN Terus Membantu kaum Minoriti


TEMERLOH - Kerajaan negeri akan terus membantu rakyat mendapat pembelaan sewajarnya termasuk masyarakat minoriti seperti kaum India Muslim dan Orang Asli.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, usaha tersebut sejajar dengan dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa menitikberatkan keperluan rakyat agar tiada yang tercicir daripada menikmati kehidupan lebih baik.

''Walaupun terdapat rakyat miskin tetapi pada asasnya tidak ada rakyat yang mati kebuluran, sebaliknya ramai rakyat negara ini yang dihinggapi pelbagai jenis penyakit dan kerajaan menyediakan peruntukan besar bagi memberikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat berjumlah RM18 bilion.

''Peruntukan menyediakan ubat-ubatan pula 10 peratus daripada peruntukan tersebut iaitu RM1.8 bilion dan jumlah itu tidak termasuk kos membina klinik desa, klinik kesihatan, poliklinik dan hospital kerajaan di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengagihan Bantuan Ramadan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Negeri Pahang di Bangunan UMNO dekat sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin; Presiden Kimma, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dan Pengerusi Kimma negeri, Mohd. Musa Nor Mohd.

Dalam perkembangan lain, Adnan turut menasihati kepimpinan Kimma supaya memberikan perhatian kebajikan dan membela nasib penduduk kaum India Muslim yang merupakan penduduk minoriti di negeri ini.

''Kerajaan negeri akan terus membantu penduduk minoriti dengan memberikan perhatian dalam soal kebajikan dan juga pendidikan.

''Dalam soal pendidikan kita tidak pernah pilih kasih kerana melalui pelajaran sahaja kehidupan rakyat miskin akan dapat mengubah kehidupan mereka lebih baik pada masa depan," katanya.

0 comments:

share2