Kemaman - Aplikasi telefon pintar bukan sahaja dapat memaklumkan perkembangan terkini tentang isu banjir namun pada masa yang sama dapat menangkis khabar angin yang disebarkan secara meluas oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menyatakan demikian, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kementeriannya mempunyai kumpulan aplikasi termasuk daripada Whatsapp yang dapat menyemak sesuatu maklumat yang disebarkan.
"Misalnya sebentar tadi, saya menerima maklumat (disebarkan melalui Whatsapp) kononnya ada satu tempat yang terbiar akibat banjir.
"Apabila disemak rupa-rupanya ia adalah dakyah yang cuba memberikan gambaran yang salah dari segi persiapan dan sebagainya," katanya kepada pemberita di pusat perpindahan banjir di Sekolah Rendah Teluk Kalong Kijal di sini.
Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman menasihati orang ramai agar bijak menilai dan mengurus maklumat yang disebarkan melalui aplikasi telefon pintar.
0 comments:
Post a Comment