Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 16, 2012

@SukanMsiaXVPhg : Prestasi Pahang Membanggakan



KUANTAN - Setelah tamatnya saingan bagi acara boling semalam, jurulatih pasukan Boling Negeri Pahang merasa cukup bangga dengan persembahan anak buahnya.

Sambil menyifatkan yang pencapaian mereka setakat ini masih lagi boleh dipertingkatkan dimasa akan datang, beliau cukup optimis dengan harapan untuk memburu pingat Emas dalam temasya Sukan Malaysia dimasa hadapan.

Jelas beliau, sebelum ini pasukan Negeri gagal untuk memperolehi sebarang pingat dalam SUKMA ke 14 yang diadakan di Melaka tahun 2010 yang lalu.

Namun, tahun ini memberikan kejayaan yang cukup cemerlang apabila ada dikalangan atlet Pahang berjaya memperolehi pingat Perak dan Gangsa dalam acara yang dipertandingkan.

Semalam berakhirnya saingan Emas buat acara Tenpin Boling Masters sempena temasya Sukan Malaysia 2012 Pahang yang menyaksikan peserta Pahang membawa pulang pingat Perak bagi kategori Lelaki dan Wanita.

Lelaki diwakili oleh Jonathan Chan manakala Wanita pula diwakili oleh Fatin Najihah. Masing - masing tewas kepada atlet dari Wilayah dan Perak dalam acara akhir.


0 comments:

share2