Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 16, 2012

@SukanMsiaXVPhg : Temubual Eksklusif Bersama Shalin Zulkefli



KUANTAN - Kesempatan bertemu dengan Ratu Boling Negara, Shalin Zulkefli tidak dilepaskan begitu sahaja. 

Kehadiran beliau sedikit sebanyak memberikan semangat kepada para atlet tidak kira dari mana sekali pun mereka datang.

Ditanya berkenaan dengan temasya Sukan Malaysia 2012 Pahang kali ini, Shalin menyifatkan bahawa ianya satu perkembangan menarik apabila beberapa atlet baru terutamanya bagi sukan Boling mula menonjol.

"Prestasi yang ditunjukkan mereka juga amat memberansangkan dan mempunyai harapan dimasa akan datang.

Namun ada segelintir dari mereka yang kekurangan dari segi disiplin, semangat dan juga tidak konsisten sewaktu pertandingan," tambah beliau.

Boleh dikatakan, separuh dari peserta yang turut menyertai acara sukan Boling kali ini merupakan generasi pelapis kepada skuad kebangsaan terutama bagi Negeri Sabah.

Mereka dianggap sebagai pasukan pilihan untuk memenangi acara keseluruhan namun masih mampu diatasi oleh peserta dari Negeri lain.

Shalin yang juga merupakan Ketua Jurulatih kepada pasukan Boling Selangor turut berharap agar pasukan itu juga mampu mempamerkan prestasi yang lebih cemerlang dimasa akan datang.

"Pesanan saya buat semua atlet Boling Negeri yang bertanding agar mereka berusaha dengan lebih gigih dan kekalkan semangat. Insya Allah, mereka pasti akan dapat melangkah lebih jauh dimasa akan datang," katanya.

0 comments:

share2