Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 20, 2011

Pemimpin PAS Bidas Akhbar Harakah!!!


KUALA LUMPUR 19 Dis. – Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini membidas kartun drnot yang disiarkan di dalam Harakah keluaran terbaru kerana menghina bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

Beliau berkata, Harakah sepatutnya perlu lebih beretika, berakhlak serta tahu cara untuk membina serta mendamaikan dan bukan bertindak memecah atau meruntuhkan.

Pada masa sama, beliau turut membidas kritikan serta tuduhan secara terbuka oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terhadap dua pejuang Islam iaitu Nasharuddin dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti itu.

‘‘Saya menolak (bidas) kartun drnot dalam Harakah cetakan terbaru yang menghina kekanda saya, Ustaz Nasharuddin. Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh.

‘‘Saya turut menolak (bidas) temuramah Setiausaha Agung Pas yang mengkritik dan menuduh secara terbuka dua pejuang Islam ini yang telah berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti. Tunggulah dulu dua pejuang itu masuk UMNO jika betul-betul nak tunjuk hero menjaga Pas. Jika tidak, ia hanya tuduhan yang memecahkan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam status terbaru laman sosial Facebooknya hari ini.

Isu membabitkan kedua-dua pemimpin Pas itu mula tercetus apabila tersiarnya kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib di dalam beberapa blog yang menyatakan kemungkinan besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu akan digugurkan.

Ekoran daripada itu Hasan membuat kenyataan bahawa beliau sedia bekerjasama dengan pihak di luar Pas jika diminta demi kepentingan Islam dan Melayu serta tidak kisah jika tidak dicalonkan pada PRU Ke-13 akan datang.

Nasharuddin dalam satu kenyataan baru-baru ini pula mengatakan beliau hairan dengan perjalanan politik Pas yang didakwanya semakin pelik ekoran tindakan Saari yang mendahului parti berhubung kedudukan Hasan yang tidak mendapat pencalonan mencukupi untuk mempertahankan DUN Gombak Setia.

Mustafa kemudian mendakwa Nasharuddin dan Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor terperangkap dalam agenda UMNO.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Abduh turut mempersoalkan sebab-sebab kenyataan Saari yang sengaja diperkecilkan sedangkan ADUN Hulu Kelang itu telah memulakan isu yang sudah sedia membara dalam sekam.

‘‘Di mana beliau untuk tidak memohon maaf secara terbuka? Pemuda Pas menjunjung akhlak berjemaah yang tinggi,’’ katanya lagi.


Ps: Pelik, tapi benar. Dah terang, jadi tak payah lagi kita nak bersuluh. Akhbar Harakah ni memang layak jadi pembungkus nasi lemak je sebenarnya.

mana tidaknya. Pemimpin sendiri pun turut membidas akhbar tersebut, kita nak cakap apa lagi? Dah memang jelas, isi kandungan Harakah tu tak membawa apa - apa manfaat pun.

Nak kata ianya membawa isu dakwah Islamiah, tak jugak. Banyak cerita pasal Politik dari cerita bab menegakkan Agama. Asyik maki orang tak tentu arah.

Nak kata ianya akhbar perjuangan Islam macam mana sampaikan pemimpin sendiri pun dimaki hamunnya? Memang sah, PAS sekarang ni dah hilang arah tujuan. Dah tak de orang nak dibalun, dibalunya sesama sendiri. Memang elok sangat la tu!!!

0 comments:

share2