Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 20, 2011

KARNIVAL LANCANG KE-6, MERIAH

 Ucapan Perasmian Penutup Oleh YB Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, ADUN Lancang


Temerloh - Karnival Lanchang kali ke-6, 2011 telah diadakan di Dataran Lanchang bermula 15-18hb Disember 2011. Karnival berkenaan adalah acara tahunan program rakyat dalam kalendar Evant bagi DUN Lancang.

Karnival kali ini lebih meriah dari tahun-tahun lalu dengan kehadiran artis-artis tempatan iaitu Najwa Latif dan Azlan & TheTpyewriter, Persembahan Tarian Perang dari kontigen 7RRB Bt.5 Kem serta persembahan kebudayaan turut memeriahkan majlis.Ribuan pengunjung yang mengunjungi Karnival Lanchang pada tahun ini sejak hari pertama sehingga ke hari di penutup. 

Bilangan gerai-gerai juga bertambah dari tahun-tahun sebelumnya yang mana antaranya adalah gerai jualan makanan, pakaian, peralatan serta pameran oleh agensi-agensi swasta dan kerajaan. Darui maklum balas yang didapati dari para pengunjung mereka menyatakan puashati dengan adanya karnival sebegini kerana selain dari dapat mereka berjual-beli, dapat juga mereka menambah pengetahuan dengan adanya pameran-pameran oleh agensi-agensi yang terlibat. 

Antara agensi yang terlibat dalam menjayakan Karnival kali ini adalah Pejabat ADUN Lanchang, PDRM, ATM, Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran Temerloh, HOSHAH, JKR Elektrik, Rela, JASA dgn kerjasama Kelab Warisan Inderapura, Sayap2 UMNO Bahagian Temerloh dan serta syarikat-syarikat perniagaan dan orang perseorangan.

Banyak pihak menyanjung tinggi iniseatif yang telah diambil oleh YB ADUN Lancang dalam menganjurkan acara sebegini yang memberikan faedah khususnya kepada rakyat dan penduduk setempat. Seramai kira-kira 30 ribu orang dianggarkan hadir pada malam majlis penutup yang telah sempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd Sharkar bin Shamsudin, EXCO Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Lanchang pada 18hb Disember 2011 lalu.

~ Sazlinda Ibrahim



 YB Dato Sharkar bersama tetamu kehormat


 Sebahagian dari 30 ribu hadirin pada malam penutup


 YB Dato' Sharkar menerima tabik hormat


 Melawat salah satu dari gerai pameran


Beramah mesra dengan penjaja yang menyertai karnival


0 comments:

share2