Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 5, 2011

PAS - Parti Ajaran Sesat


Tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi merupakan kesan daripada dakyah parti tersebut yang selama ini menggunakan sentimen keagamaan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad berkata, semuanya berpunca daripada Pas sendiri yang sering menggunakan pendekatan keagamaan untuk kepentingan politik mereka.

Katanya, walaupun hakikatnya Nik Abdul Aziz tidak melaksanakan tugasnya dengan baik di Kelantan, tetapi disebabkan pendekatan keagamaan yang telah diserapkan ke dalam diri rakyat negeri itu, mereka hanya mengikut tanpa membantah.

“Inilah akibatnya, sampai ada yang berani mengangkat beliau sebagai nabi walaupun umum tahu bahawa tiada lagi nabi selepas Nabi Muhammad SAW. Sekiranya benar penceramah itu menyamakan Nik Aziz dengan nabi, maka dia telah sesat.

“Ini semua berpunca daripada dakyah Pas sendiri. Mereka menggunakan agama untuk politik sehingga rakyat menjadi terlalu taksub dengan memberi gelaran ‘Tok Guru’ dan sebagainya dan kali ini menyamakan pula dengan nabi,” katanya.

Akhir zaman ini terlalu banyak golongan sesat lagi menyesatkan. Ada yang terang terang sesat dan lebih membimbangkan ada golongan yang bertopengkan agama islam untuk menyebarkan fahaman sesat.

Semoga Allah melindungi kita dan semua ahli keluarga daripada pengaruh ajaran sesat yang boleh membinasakan kita diakhirat kelak.

0 comments:

share2