Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 5, 2011

Fuziah Thoron Di Lempang Dalam Sidang DUN Pahang!!!


Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata soal kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaan kerajaan sebelum lesen praoperasi dikeluarkan kepada syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi membolehkan kilang memproses nadir bumi dibina di kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan.

Beliau berkata Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) serta pakar-pakar luar negara telah mengesahkan bahawa pembinaan kilang itu selamat tetapi masih diputar belitkan fakta oleh pihak tertentu yang kononnya kilang berkenaan akan memudaratkan rakyat.

"Pihak tertentu telah mempolitikkan isu pembinaan kilang berkenaan demi politik sempit mereka," katanya ketika membentangkan Bajet 2012 kerajaan Pahang pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Kuantan hari ini.

Adnan (atas, kiri) berkata kerajaan telah mengeluarkan garis panduan sebelum ini bahawa Lynas Malaysia Sdn Bhd perlu mematuhi sepenuhnya syarat yang ditetapkan bagi kilang itu.

Katanya kerajaan BN tidak pernah bertindak atau membuat sebarang keputusan yang boleh memudaratkan rakyat.

"Kita "hidup" atas undi rakyat, adakah kita akan membuat sesuatu yang memusnahkan rakyat?" katanya.

Beliau berharap pembangkang tidak terus mempolitikkan isu itu demi kepentingan politik mereka lebih yang berasaskan kepada fitnah dan pembohongan.

Malah, katanya, terdapat "kawan-kawan" kepada pihak yang menentang projek pembinaan kilang itu telah memperoleh kontrak bagi kerja pembinaan kilang itu.

"Mereka (kontraktor terbabit) bukan kawan saya, tapi kawan pihak yang membantah pembinaan kilang itu," katanya.

Adnan berharap Lynas Malaysia Sdn Bhd mengeluarkan senarai kontraktor yang menerima kontrak dan melakukan kerja pembinaan kilang itu untuk tatapan umum.

Ps: Bila dah didedahkan senarai nama kontraktor tu nanti, mau ada pihak yang terkencing dalam seluar dibuatnya nanti. Masa tu, baru kita tau, siapa musuh dalam selimut yang sebenarnya!!!

0 comments:

share2