Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 10, 2011

Lim Guan Eng Memuji KD Tun Razak.

Lim Guan Eng menerima pelawaan Datuk Zahid Hamidi untuk menyelam bersama kapalselam pertama TLDM. Beliau bersama dengan Timbalan Ketua Menteri I dan II iaitu Prof. Ramasamy dan Dato' Mansor Othman telah menyelam 60 batu nautika dari pantai Langkawi.

Mereka telah diterbangkan dengan pengangkutan udara TLDM ke frigate KD Lekiu, sebelum menaiki bot kecil untuk ke KD Tun Razak. Turut mengiringi mereka adalah Laksamana Madya Dato' Jamil Othman.

Lim Guan Eng memuji KD Tun Razak dan juga memuji tentera laut Malaysia dan menyifatkan mereka sebagai "Exceptional Warrior". Akhirnya Lim Guan Eng nampak logiknya memiliki kapalselam sebagai salah satu keperluan unit pertahanan negara.

Sebelum ini, kapalselam ini telah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan tidak boleh menyelam. Sebagai satu senjata moden dan baru, ianya mengambil masa untuk crew menguasai teknik dan kepakaran sebelum ia boleh digunakan.

Kita mahukan pembangkang seperti ini, yang boleh bersetuju dengan kebaikan untuk keselamatan negara. Kita tidak perlukan pembangkang yang bangkang semua perkara walaupun yang memberi manafaat kepada rakyat.

Kita.menunggu kewarasan sebegini dimiliki juga oleh MP Kuantan, Pn Fuziah Salleh yang hanya tahu membangkang isu Lynas, tanpa mendengar pandangan pakar. Walaupun pakar mengatakan selamat, MP Kuantan itu terus-terusan spin isu ini tanpa mengambil kira faedah ekonomi bagi penduduk Pahang.

0 comments:

share2