Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 26, 2011

Bantuan Kepada Pengusaha BAS Bukti Keprihatinan Kerajaan


Langkah kerajaan menyalurkan dana sebanyak RM400 juta kepada syarikat bas henti-henti yang menghentikan operasi mereka di beberapa negeri termasuk Pahang disifatkan sebagai tepat pada masanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu membuktikan bahawa kerajaan memahami kesusahan rakyat yang bergantung kepada perkhidmatan itu.

"Ini membuktikan bahawa kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri memahami kesulitan yang dihadapi oleh rakyat.

"Langkah itu menunjukkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan bukan retorik," katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Najib sebelum ini mengumumkan kerajaan meluluskan dana berjumlah RM400 juta bagi membantu syarikat bas henti-henti yang sedang menghadapi masalah kewangan di dalam meneruskan operasi mereka.

Menurut Perdana Menteri, dana yang diluluskan itu akan diurus oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang merancang untuk mengagihkan sejumlah RM100 juta pada suku pertama 2012.

''Untuk fasa pertama, dana bantuan itu akan digunakan untuk membantu syarikat-syarikat yang bermasalah di Selangor diikuti dengan negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan dan Pahang," kata Najib ketika mengumumkan perkara itu baru-baru ini.

0 comments:

share2