Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 24, 2011

AL-FATIHAH BUAT DR. ABDUL HAMID OTHMAN

DS Najib mengucapkan takziah kepada keluarga ketika menziarahi jenazah Allahyarham semalam


Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman, 72 , telah kembali ke rahmatullah semalam dipercayai diserang angin ahmar. Allahyarham adalah Penasihat Maju Holding Sdn Bhd dibertakan meninggal dunia pada jam 4.45 petang ketika masih menjalankan urusan kerja di pejabatnya di Maju Junction.

Allahyarham memeggang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana menteri dari 1995 hingga 1999 dan sebelum itu beliau adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 2001, Allahyarham dilantik sebagai Penasihat Agama kepada Tun Dr. Mahathir Mohammad dan kemudiannya Penasihat Agama kepada Tun Abdullah Badawi dari 2005 sehingga 2009.

Pedana Menteri, DS Najib berkata, kematian mengejut Abdullah Hamid juga merupakan satu kehilangan besar kepada negara kerana Allahyarham banyak membantu dalam memperkukuhkan pentadbiran Islam di negara ini. Beliau juga banyak membantu dalam hal-ehwal pentadbiraan agama baik dalam kerajaan mahu pun UM NO, kata Perdana Menteri yang meluangkan masa menziarahi Allahyarham dikediamannya malam tadi.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampong Bohol, Jalan Klang Lama selepas zohot hari ini. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya, al-fatihah!

0 comments:

share2