KUALA LUMPUR, 8 Nov — Datuk Seri Mustapa Mohamed menyelar Lynas Corp yang secara terus-menerus membuat kenyataan-kenyataan mendahului pihak berkuasa berkenaan tarikh kelulusan bagi operasi loji nadir bumi mereka dekat Kuantan yang muncul kontroversi.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mendakwa syarikat Australia berkenaan “bertindak sebelum masanya” dan telah gagal untuk melibatkan penduduk setempat yang menentang operasi loji itu dengan telus.
“Mereka tidak boleh membuat kenyataan sebelum (keputusan) Lembaga (Pelesenan Tenaga Atom). Tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan seperti ini dan kita telah mengingatkan mereka,” kata Mustapa kepada lalu.
Mustapa berkata beliau memahami kebimbangan dilahirkan oleh penduduk tempatan berhubung projek itu dan telah memaklumkan kepada Lynas bahawa pihaknya tidak mengambil tindakan secukupnya untuk melibatkan mereka secara bersama.
“Mereka memandang remeh (aspek itu) tetapi telah menerima pengajaran mereka. (Kelihatan) ada ketelusan dalam satu atau dua bulan yang lalu.
“Tetapi, saya telah bertemu dengan mereka di Perth bulan lalu, tetapi ia masih belum mencukupi,” kata Ahli Parlimen Jeli ini.
Tambah beliau, kegagalan kedua-dua Lynas dan kerajaan sejak peringkat awal telah menyebabkan sesetengah orang tidak boleh dipujuk.
Mustapa didakwa bertindak sebagai “jurucakap Lynas” oleh wakil rakyat kerusi Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu
lalu.
Menteri itu menafikan dakwaan Naib Presiden PKR itu, yang mengetuai protes terhadap loji Lynas.
Sebelum ini, Lynas telah menjangkakan bahawa pihaknya akan diberi kelulusan oleh AELB untuk memulakan operasi pada suku terakhir tahun ini.
Bagaimanapun menurut Putrajaya, pihaknya telah meminta syarikat itu pada 19 September lalu supaya membuat beberapa perubahan dan maklumat tambahan berkenaan aspek keselamatan.
0 comments:
Post a Comment