Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini terus mendesak kerajaan agar segera mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program Seksualiti Merdeka 2011 di negara ini.
Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, kerajaan perlu tegas dalam mengambil tindakan dan tidak sama sekali bertolak-ansur dengan penganjur program tersebut.
"Dalang kepada penganjuran program ini sudah diketahui masyarakat, namun sehingga kini masih tiada pelaksanaan undang-undang atau sebarang tindakan tegas dan tangkapan dilakukan.
"Jika tindakan tegas tidak dilakukan, kita bimbang masyarakat akan keliru dan bertindak mengikut undang-undang sendiri, malah banyak pihak akan memandang rendah terhadap ketegasan kerajaan dalam menangani isu yang membawa huru-hara kepada negara ini,"
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris yang mengatakan sekiranya tiada tindakan tegas diambil khususnya Peguam Negara terhadap penganjur program Seksualiti Merdeka 2011, dikhuatiri akan muncul golongan yang menentangnya dengan mewujudkan undang-undang rimba.
Menurut Kamaruddin, pelaksanaan undang-undang tegas perlu dilakukan kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara agar penganjur program terkutuk itu mendapat hukuman sewajarnya.
"Malaysia adalah negara yang mempunyai undang-undang dan perlembagaannya sendiri. Mereka yang melanggarnya haruslah dikenakan tindakan tanpa mengira status.
"Apa sahaja undang-undang yang difikirkan wajar seperti buang kerakyatan, perlu dilaksanakan tanpa ada tolak ansur kerana mereka ini telah merosakkan maruah negara dan tidak layak menjadi rakyat Malaysia," katanya.
Sementara itu, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, kerajaan serta pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam negara harus lebih proaktif dalam menangani isu ini.
"Tindakan tegas perlu dilaksanakan segera agar program terkutuk yang meruntuhkan moral masyarakat ini tidak lagi berulang pada masa hadapan.
"Tindakan tegas dalam pelaksanaan undang-undang dan memperuntukkan hukuman yang lebih sesuai amat perlu kerana penganjur akan serik untuk membuat lagi pada masa hadapan," ujarnya.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, tindakan segera perlu dilaksanakan ke atas penganjur program itu sekiranya siasatan polis sudah mencukupi.
"Kita tidak mahu penganjur merasakan dirinya cukup kebal dengan undang-undang dan boleh mencetuskan huru-hara dalam negara tidak kira dalam sebarang isu sesuka hati tanpa sebarang tindakan undang-undang boleh diambil.
"Dari sudut warganegara Malaysia, tidak kira penganjur berstatus pengamal undang-undang atau sebaliknya, semua orang boleh didakwa jika melanggar undang-undang. Jadi dakwa mereka, jangan tunggu lagi," katanya.
Mula mula berhimpun sesama sendiri. Lepas tu menuntut hak sebagai kaum songsang. Lepas masuk pilihanraya nak jadi PM. Cukuplah seorang je kaum songsang yang gila nak jadi PM. Rakyat Malaysia tak perlukan lebih banyak kaum ini.
pablisiti nak cari ahli baru tukar suka sama suka