Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Showing posts with label Perspektif. Show all posts
Showing posts with label Perspektif. Show all posts

Monday, July 27, 2020

PAHANG BINCANG LANGKAH PERANGI DENGGI OKTOBER DEPAN





KUANTAN - Kerajaan Pahang akan mengadakan persidangan bagi membincangkan langkah-langkah untuk memerangi denggi di negeri ini pada Oktober ini.


Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman berkata, persidangan itu akan melibatkan wakil-wakil jabatan dan kerajaan Pahang serta media.


Menurutnya, dalam persidangan itu semua pihak terlibat akan berbincang bagaimana kaedah yang terbaik bagi menangani isu denggi di negeri ini.


"Persidangan ini kemungkinan akan diadakan pada bulan Oktober depan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.


Norol Azali berkata, sebanyak enam kematian dilaporkan akibat denggi di negeri ini dari 1 Januari hingga 18 Julai lalu berbanding empat kematian bagi tempoh sama tahun lalu.


Beliau berkata, kerajaan Pahang dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang memandang serius jumlah kes kematian terutama peningkatan kes yang direkodkan ketika ini.


"Setakat 18 Julai lalu, sebanyak 1,762 kes demam denggi dilaporkan iaitu peningkatan 735 kes atau 72 peratus berbanding 1,027 kes bagi tempoh sama tahun lalu.


"Semua daerah di negeri ini menunjukkan peningkatan kes kecuali di Temerloh dan Jerantut. Daerah Kuantan merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 1,241 kes atau 70.4 peratus di negeri ini," katanya.


Norol Azali berkata, di Pahang sebanyak 92 lokaliti bermasalah dengan peningkatan 58.6 peratus berbanding 58 lokaliti bagi tempoh sama tahun lalu.


"Oleh itu, semua rakyat di negeri ini diminta meluangkan masa 10 minit setiap minggu untuk membersihkan sekitar rumah mereka bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes," katanya.


SUMBER : SINAR HARIAN


Read more »

Tuesday, March 3, 2020

PERSPEKTIF: APABILA POHON TUMBANG, BURUNG-BURUNGPUN BERTERBANGAN


Oleh: Azam Abd Rahman

Regim Pakatan Harapan akhirnya tumbang kerana masalah dalaman. PKR berpecah. PPBM juga berpecah sokongan. Lalu kerajaan baru Perikatan Nasional terbentuk. Runtuhnya regim PH ini bukan salah Najib atau UMNO tetapi salah mereka sendiri.

Berikutan itu dibeberapa negeri juga sudah dan akan berubah kepimpinan. Ramai juga ahli-ahli parti melompat kesana dan kesini. Kerana hilang kepercayaan, hilang arah dan tujuan.

Yang nampak nyata adalah parti PKR. Ramai yang mengikuti Azmin Ali apabila beliau dipecat.

2,500 di Pulau Pinang umum keluar parti. 500 dari Cabang Kota Raja. 3,144 dari Cabang Libaran. 500 dari Cabang Sungai Besar. 300 dari Kg. Semarang umum keluar dan sertai PAS. 

Pohon yang tidak berdaun, tidak lagi rimbun tidak lagi jadi tempat berteduh serangga dan burung-burung. Pohon itu akan layu, mati dan akhirnya gugur ke bumi.

Pasti ada pihak yang seronok meihatnya. Tetapi selaku ahli UMNO jangan kita melihatnya begitu saja. Jangan melihatnya hanya dengan sebelah mata. Kerana setiap yang berlaku ada sebab dan akibatnya.

Pemimpin-pemimpin UMNO peringkat pusat, negeri, bahagian dan juga cawangan perlu bertanya; kemana mereka pergi? dan kenapa tidak kepada kita? Apa kurangnya kita? Apa kelemahan kita sehingga kita bukan jadi pilihan utama? Soalan ini perlu dikaji dan jawapannya perlu didapati didalam Konvesyen UMNO Negeri-negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Kenapa UMNO bukan jadi pilihan dan keutamaan? Apakah kerana dasar-dasarnya atau pandangan rakyat terhadap parti dan pemimpinnya masih seperti dahulu...sombong...bangga diri...pentingkan diri dan kroni ?

UMNO perlu berubah untuk menjadi parti pilihan utama rakyat untuk terus kekal relevan dimasa-masa akan datang. Jika tidak, UMNO juga akan dijauhi rakyat dan akan semakin mengecil dan akhirnya akan berkubur tanpa nesan.

Read more »

Wednesday, November 7, 2018

BELANJAWAN 2019 - ECRL, KRA CANAL DAN CHINA GEOPOLITIC


Image result for belanjawan 2019



Apabila PM Singapura Lee Hsien Loong tidak dijemput oleh China pada perasmian China Belt and Road Initiative (BRI), Singapura seperti disisihkan, walaupun banyak penafian diplomatik daripada kedua belah pihak. Pada saya, Singapore's loss is Malaysia's benefits.

Malaysia sepatutnya menggunakan sepenuh kesempatan manfaat dari BRI untuk kesejahteraan terutama negari negeri Pantai Timur yang terletak dlm BRI routes. Memang sudah sekian lama Pantai Barat telah diutamakan dengan Pantai Timur dipandang sepi. Ini mungkin disebabkan laluan Malacca Strait sudah sekelian lama menjadi laluan utama kapal2 yg mana keuntungan yg paling besar adalah Perlabuhan Singapura.

BRI seolah olah memberi nafas baru kepada Negeri Pantai Timur terutama Pahang dengan Projek Mega, seperti ECRL, Malaysia China Kuantan Industrial Park dan beberapa 'spill over investment' kesan dari projek2 mega ini. 

Utk melihat kesan BRI, kita mesti melihat regional outlook yang lebih menyeluruh. Kra Canal (Terusan Segenting Kra) sebagai contoh telah sekian lama difikirkan keberkesanannya dari zaman Raja Siam lagi, dengan bantuan kewangan poket besar China abad ini, Kra Canal bukan lagi angan2 kosong. 

Diberitakan MOU telah ditandatangani dengan sekarang perbincangan peringkat tertinggi China/Thailand untuk menrealisasikan Kra Canal. Kra Canal, walaupun mahal kosnya, ianya dpt menjimatkan perjalanan 1200 km dan 3 hari perjalanan. Dgn 80% import China melalui Selat Melaka, dengan 'Bungker Price' semakin meningkat dan kesesakan Selat Melaka, bukanlah sesuatu mustahil China menrealisasikan juga Kra Canal. 'What's China Want, China Will Get!'.

ECRL, Malaysia China Kuantan Industrial Park termasuk dlm blueprint ini. RBI sebagai 'maritime initiative', Perlabuhan Kuantan antara perlabuhan yg terbaik mendapat limpahan dari BRI. Begitu juga perlabuhan Tok Bali. 

ECRL bukan semata2 jalan keretapi. Limpahan jaringan infrastructure dari Stesen Gombak ke Kota Baru akan memangkinkan pembangunan fiskal terutama bidang tanah dikawasan2 yg dilalui ECRL. Ianya adalah 'economic stimulus' berskala besar. Ianya tidak boleh dipandang sepi. Dan Pahang adalah negeri yg berada dlm keadaan yg terbaik mendapat manfaat dari China BRI ini.

Sebenarnya Kerajaan Malaysia tidak boleh berbuat apa-apa. Selagi Kerajaan Malaysia berfikiran professional dan objektif ECRL secara logiknya mesti diteruskan. Pengurangan kos atau any other deal structuring boleh difikirkan bersama. Sebanyak lebih RM17.8b telah dibayar oleh Exim Bank kepada CCC. China dalam nada diplomasi bersetuju untuk Malaysia mengkaji semula, tetapi bukan sesuatu yang rahsia CCC atau China akan bersikap lebih keras mengambil tindakan undang2 sekiranya ECRL dibatalkan.

Bukan hanya setakat kos perundangan, tetapi opportunity cost, kesan pembangunan di setiap perhentian ECRL dan kawasan sekitar, baik dari segi harta tanah, pembangunan fiscal, economy stimulus mestilah diambil kira sebelum keputusan pembatalan ECRL dibuat kerajaan.

Dalam Belanjawan 2019, ECRL tidak dibatalkan. Ianya hanya ditanguhkan untuk dibuat kajian. Ini memberi harapan kepada Rakyat Pahang khasnya dan Rakyat Pantai Timur, akan ada sinar di esok hari.

As for me, dont wait too long as people will not wait us. If we do not grap the opportunites, rest assured others eagerly will....


Saiful Zaini Mohd Bokhari

Kuala Lipis

4 Nov 2018

Read more »

Saturday, November 3, 2018

PENDAPAT:BELANJAWAN 2019


Image result for belanjawan 2019


Terlalu Bergantung Pada Petronas or Petro Monies, Penguncupan Kutipan Fiskal dan Defisit yg Melebar.

Mungkin ada baiknya pada tahun ini saya tidak dipanggil menjadi panel mengalisa Belanjawan di kaca TV seperti tahun - tahun yg lepas. Pening juga kepala kalau diminta berbuat sedemikian apabila belanjawan 2019 menzahirkan pendekatan fiskal yg menguncup.

Saya tidak mahu menumpukan pada aspek aspek lain Belanjawan 2019 kerana setiap Kerajaan mempunyai cara utk memakmurkan Rakyat dan negara. Saya percaya ramai yg boleh dan akan memberi pendapat dan pandangan tentang perkara2 yg sedemikian.


Saya lebih mahu menumpukan kepada perkara yg lebih asas iaitu pengurusan pendapatan dan perbelanjaan Kerajaan, impak jangka panjang dan pendek. Walaupun saya nampak usaha2 kerajaan utk berbelanja berhemah, penguncupan pendapatan kesan daripada gerakan populis mengantikan GST akan memberikan impak negatif berterusan pada negara.

Kita semua sedia maklum SST yg dilaksanakan kerajaan tidak mampu.setakat ini menurunkan harga barang, yg pada masa yg sama kesannya telah dpt kite lihat dimana kantung pendapatan kerajaan berkurangan. Unjuran 3.7% defisit pada 2018 jauh tersasar daripada unjuran 2.8% unjuran tahun lepas. Meletakkan kesalahan pada org lain tidak akan dpt menyelesaikan masalah!

Lebih membimbangkan lagi, Kerajaan seperti memaksa 'special dividend' RM30 billion daripada Petronas yg kita semua tahu perniagaan oil dan gas makin lama makin mencabar, reserve minyak dan gas makin berada jauh 'deep water' dan gas pula lebih banyak kandungan 'carbon' yg memerlukan modal perbelanjaan atau CAPEX utk terus berdaya saing diperingkat antarabangsa. Berterusan kebergantungan pada dividen Petronas atau Petro Monies pada saya adalah 'a backward step'.

Satu lagi 'Backward Step' seperti saya sebutkan tadi penghapusan GST. Mungkin kita adalah satu satu negara yg 'step backward' menghidupkan semua SST bukan sahaja kurang hasil pendapatan tetapi juga gagal menurunkan harga barang. Hasil yg paling terus adalah defisit terus melebar kepada 3.7%. Penarikan subsidi atau menjuruskan kepada subsidi tertumpu walaupun saya anggap baik, tetapi impak akan terus dirasai.

Saya menjangkakan Penarafan Kredit Antarabangsa akan menurunkan kredit rating kita berdasarkan perkara2 yg saya sebutkan tadi; pendapatan kantung negara akan terus tertekan pada masa hadapan. Berterusan menyalahkan orang lain, unfortunately will not able to do the tricks to improve our credit rating as the international community will only see Malaysia as one entity!

Berapa lama lagi kita masih boleh bertahan bergantung pada Petronas dan Petro Monies; berapa banyak lagi percukaian baru yg perlu dilaksanakan semata mata mahu mempertahan ego menunjukkan kononnya SST lebih baik, berapa banyak lagi subsidi yg akan ditarik, akan terus menghantui ekonomi Malaysia pada masa masa mendatang.

Saiful Zaini Mohd Bokhari
Kuala Lipis
3 Nov 2018

Read more »

Tuesday, April 24, 2018

PRU 14 : GUNA MATA LEBAH BUKAN MATA LALAT






Kuala Lumpur – Rakyat seharusnya menjadikan lebah sebagai contoh terbaik dalam membuat pilihan terhadap parti-parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ini untuk menerajui negeri Johor dan juga negara secara keseluruhannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Ayub Rahmat berkata dalam membuat penilaian dan pemerhatian terhadap apa yang dilaksanakan kerajaan hari ini, mereka perlu menggunakan mata lebah dan bukannya mata lalat agar pilihan yang dilakukan benar-benar tepat.

“Saya selalu sebut untuk menilai perkara-perkara ini sepatutnya kita menggunakan mata lebah dan bukannya mata lalat. Kalau kita gunakan mata lalat maka lalat hanya mencari keburukan, lalat hanya mencari kekotoran…lalat hanya mencari bangkai dan sebagainya. Maka lalat tidak akan fikir tentang kebaikan, tidak akan fikir tentang sesuatu yang bermanfaat .

“Dengan menggunakan mata lebah, lebah sukakan kemanisan, lebah suka kepada bunga-bungaan… lebah suka kepada kesejahteraan. Kalau kita gunakan mata lebah sebenarnya itu tanda kita bersyukur dengan apa yang ada. Kita redha apa yang ada dan kita tidak akan memburukkan orang. Jadi yang penting gunakanlah mata lebah untuk membuat pilihan yang terbaik.

“Kita akui BN ada kelemahan…BN ada kesilapan tetapi dalam 60 tahun ini BN telah membuktikan telah meletakkan Malaysia negara yang terbaik berbanding negara-negara membangun yang lain. Malah kerajaan menerusi BN yang diberi tanggunggjawab telah melahirkan ramai profesional, golongan usahawan tidak kira bangsa dan sebagainya. Begitu juga telah bnayak membangunkan kawasan sekaligus telah banyak memberikan peluang dalam bentuk pekerjaan dan sebagainya,“ katanya kepada UMNO-Online.

Ayub seterusnya menegaskan BN telah memberikan khidmat yang terbaik sepanjang pemerintahannya dan hari ini terserah kepada rakyat untuk membuat pilihan, namun berdasarkan rekod pencapaian selama ini amat jauh jika dibandingkan dengan pakatan pembangkang.

“Kita telah berikan khidmat dan telah mengorbankan masa, tenaga dan sebagainya kepada masyarakat dan hari ini terpulang kepada mereka untuk menilai samada nak pilih pemimpin atau wakil rakyat yang sedia berkorban atau nak memilih wakil rakyat yang sekadar transit yang meraih populariti ekoran isu-isu yang ada.

“Terpulanglah kepada pengundi. Nak pilih mereka yang berkhidmat atau sekadar melepaskan dendam kerana banyak bukti bahawa wakil rakyat pembangkang tidak tetap di satu tempat. Kluang contohnya…Gelang Patah contohnya…dan banyak lagi. Kalau kita hanya mengikut kemahuan dan kebencian diri maka kita tidak akan ke mana. Akhirnya nanti ia akan berpaling juga kepada wakil rakyat atau pemimpin BN, “ ujarnya.

Katanya lagi mana-mana parti yang bertanding tentunya mengharapkan kemenangan dan harapan BN sudah pasti berdasarkan pencapaian selama ini.

“Setiap parti yang bertanding dalam PRU mengharapkan kemenangan dan BN memang mengharapkan kemenangan dan ianya dikukuhkan dengan fakta…dikukuhkan track record. Jadi BN mempunyai kelebihan berdasarkan track record …berdasarkan pengalaman.

“Berbanding dengan mereka yang hanya bercakap…mereka pakatan parti haru biru yang tidak mempunyai hala tuju yang jelas malah mereka tidak mempunyai pelapis…masih lagi mengharapkan pemimpin sama,“ katanya.


Read more »

Friday, November 10, 2017

TEORI 'RAHMAN', NAJIB PERDANA MENTERI MELAYU TERAKHIR ?



Jika kita masih ingat pada teori 'RAHMAN' dimana kepimpinan negara adalah dari tokoh-tokoh yang nama mereka bermula dari huruf-huruf berkenaan. Saya tidak ingat dan tidak pasti siapakah pencetus teori berkenan, bagaimanapun ianya telah menepati ramalan.

Bermula dengan Tunku Abdul Rahman, kepada Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan kini Dato' Seri Mohd Najib. Semuanya menepati. Walaupun terdapat sedikit keadaan yang mungkin mengubah tokoh yang akan menjadi Perdana Menteri suatu masa tak lama dulu, namun ianya tidak banyak memberi perbezaan.

Yang saya maksudkan adalah diantara Tun Abdullah dan Datuk Seri Anwar. Apapun seperti yang saya kata walau siaapapun diantara mereka masih tetap bermula dengan huruf 'A' - Abdullah dan Anwar. Mujurlah sejarah telah mencatatkan bahawa 'A' berkenaan adalah Abdullah, andai kata 'A' itu adalah Anwar, kita tidak pasti bahawa Najib akan ditabal sebagai Perdana Menteri. Maka telah lengkaplah teori 'RAHMAN'.

Soalnya sekarang, siapakah selepas Dato' Seri Mohd Najib? Saya tidak mendengar tentang adanya sebarang teori lain. Namun yang pasti kita semua sebenarnya dalam kebimbangan. Bimbang apakah kita masih dapat mengekalkan kuasa ditangan kita atau kita akan kehilangannya buat selama-lamanya dan kita jadi seperti 'Temasik'.

Dato' Seri Mohd Najib sedang menghadapi kemelut yang sangat sukar untuk dihadapi. Tidak ada Perdana Menteri menghadapi keadaan sepertinya sebelum ini. Beliau bukan hanya menghadapi musuh dari kaum lain yang punya agenda menguasai bumi kita, tetapi beliau juga sedang ditentang oleh bangsanya sendiri.

Pilihan Raya ke 14 adalah pilihan raya yang akan menentukan martabat bangsa kita di bumi sendiri. Dalam keadaan suara bangsa Melayu berpecah belah kepada beberapa kumpulan berserta dengan kurangnya minat anak-anak muda menjadi pemilih, kita tidak pasti sejauh mana Dato' Seri Mohd Najib selaku Presiden UMNO dapat mencapai hasrat itu.

Jika kita memandang kehadapan, menolak perbezaan fahaman dalam parti sudah tentu kita akan bersama-sama berada didalam saf perjuangan ini bagi membantu beliau untuk masa depan anak cucu kita. Kerana pada teori 'RAHMAN', Dato' Seri Mohd Najib adalah Perdana Menteri yang terakhir.


~ bRAVEhEART




Read more »

share2