Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Showing posts with label Pelancongan & Sukan. Show all posts
Showing posts with label Pelancongan & Sukan. Show all posts

Wednesday, January 2, 2019

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) DI PAHANG SEHINGGA SABTU INI





Petaling Jaya, 2.1.2019:  Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Pahang, Kelantan dan Terengganu sehingga Sabtu, 5 Januari 2019.


Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.



Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini  berbahaya juga kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Read more »

Sunday, November 1, 2015

HARIMAU SELATAN GEGAR ASIA


Harimau Selatan gegar Asia


Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah apabila berjaya menjadi pasukan pertama dari Asia Tenggara memenangi Piala AFC 2015, selepas menewaskan FC Istiklol 1-0, malam tadi.

Leandro Velazquez muncul wira skuad Harimau Selatan apabila menjaringkan gol tunggal buat pasukan pada minit ke-22.

Meskipun permainan lebih banyak dikuasai oleh kelab dari Tajikistan, pasukan bimbingan Mario Gomez lebih tenang menyerap tekanan diberikan oleh pasukan lawan sepanjang 90 minit.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri gagal memberi kelebihan buat FC Istiklol untuk merangkul kejuaraan sekali gus terpaksa berputih mata melihat JDT membawa pulang Piala AFC buat kali pertama Malaysia.

JDT berjaya melangkah ke perlawanan akhir dengan layak secara automatik susulan penggantungan kelab dari Kuwait FA yang bersaing dalam Piala AFC.

Sebelum ini, skuad Harimau Selatan sudah mengharumkan nama Malaysia selepas layak ke Separuh Akhir dan perlawanan akhir dalam saingan berkenaan.

Read more »

Wednesday, October 28, 2015

AWAS PENYOKONG BOLA SEPAK MUNGKIN DISENARAI HITAM!


Khairy Jamaluddin


Penyokong bola sepak yang mempunyai rekod gejala samseng berkemungkinan disenarai hitam dari memasuki stadium bagi menonton perlawanan bola sepak.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu akan dicadangkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kementerian turut mempertimbang supaya penonton menulis nama dan kad pengenalan pada tiket masing-masing bagi memudahkan kerja-kerja mengenal pasti samseng," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Manivanan Gowindasamy (PKR-Kapar) yang ingin tahu usaha kementerian mengatasi masalah disiplin penyokong bola sepak Harimau Malaya.

Berkenaan punca dan faktor kekalahan skuad Harimau Malaya kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 September lepas, Khairy berkata, kelemahan utama yang dikenal pasti adalah tahap kecergasan kebanyakan pemain ketika itu berada pada tahap rendah.

Ini disebabkan mereka terpaksa mengharungi perlawanan liga yang mempunyai jadual padat serta jadual perlawanan persahabatan antarabangsa, kata Khairy.

"Beberapa pemain utama juga tidak disenaraikan dalam perlawanan tersebut kerana mengalami masalah kecederaan seperti Junior Eldstal dan Joseph Kalang Tie," katanya.

Dalam perlawanan pada aksi ketiga pusingan kelayakan Piala Asia 2019 bulan lepas, pasukan Harimau Malaya tewas 0-10 kepada pasukan UAE.

Tambah Khairy, pihak kementerian juga tidak mempunyai kuasa untuk menentukan proses pemilihan pemain pasukan kebangsaan kerana ia terletak di bawah jurulatih kebangsaan yang dilantik FAM.

Read more »

PIALA MALAYSIA: PAHANG SAHKAN KEMARAAN KE SUKU AKHIR




Kuala Lumpur: Juara bertahan, Pahang muncul pasukan ketiga mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2015 selepas membenam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-0, malam tadi. 

Tampak bergelut dengan prestasi terumbang ambing sebelum ini, skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu mencipta kebangkitan pada aksi kelima Kumpulan D di laman lawan, Stadium Shah Alam. 

Tiga mata yang diperoleh menyaksikan Pahang mengungguli Kumpulan D selepas mengumpul sembilan mata dan tidak mampu dinafikan tiket ke suku akhir sekurang-kurangnya menerusi slot naib juara. 

Ia turut dibantu dengan keputusan satu lagi perlawanan Kumpulan D membabitkan PKNS dan Pulau Pinang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang yang berakhir seri 1-1. 

PKNS di kedudukan kedua mengumpul lapan mata diikuti Pulau Pinang dan PDRM yang masing-masing mengumpul lima mata. 

Penyerang import Pahang jelas menjalankan tugas dengan baik dengan gol pelawat dijaringkan Dickson Nwakame pada minit ke-27 diikuti dua gol daripada Matias Conti pada minit ke-29 dan 81. 

Pada aksi di Stadium Selayang pula, Pulau Pinang terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi Lee Gil Hoon pada minit ke-16 sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi Alif Haikal Mohd Sabri pada minit ke-43.

Pada aksi tunggal Kumpulan A malam ini, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) mempersia-siakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 2-1 kepada Terengganu sekali gus menyukarkan peluang skuad itu untuk mara ke suku akhir. 

Kemenangan buat Terengganu di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang itu pula menyaksikan peluang buat keempat-empat masih terbuka secara matematik dan terpaksa ditentukan pada perlawanan terakhir, bulan depan. 

Lions XII yang masih mengungguli kumpulan itu dengan 10 mata manakala Kedah dan Terengganu masing-masing mengumpul tujuh mata dan hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan manakala JDT II mengumpul empat mata. 

Pelawat membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan perlawanan menerusi Issey Nakajima-Farran namun tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi kapten, Shahril Ishak yang menanduk bola menewaskan Mohd Sharbinee Allawee pada minit ke-34. 

Ismail Faruqi muncul wira Terengganu apabila menanduk gol kemenangan yang terhasil daripada sepakan percuma Gustavo Lopez pada minit ke-86.

Read more »

Monday, October 26, 2015

CHONG WEI RAIH GELARAN SIRI SUPER MUSIM INI


Lee Chong Wei


Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei meraih gelaran Siri Super pertamanya musim ini selepas muncul juara di Terbuka Perancis di Stade Pierre de Coubertin, Paris, malam tadi.

Chong Wei yang genap berusia 33 tahun empat hari lepas menang selepas menundukkan pemain nombor lima dunia, Chou Tien Chen dari Taiwan 21-13, 21-18 dalam pertarungan 47 minit.

Ini adalah gelaran pertama Siri Super buat Chong Wei dalam tempoh 16 bulan selepas kali terakhir memenanginya di Terbuka Jepun pada Jun 2014.

Kemenangan ini pasti suntikan terbaik buat bekas pemain nombor satu dunia itu selepas kemampuannya mula dipertikai dalam tiga penampilannya di Siri Super - Terbuka Jepun, Terbuka Korea dan Terbuka Denmark - termasuk gagal melepasi pusingan kelayakan di Terbuka Korea, bulan lepas.

Namun Chong Wei berdepan kebangkitan Chou, 25, di set kedua apabila membenarkan lawan itu merapatkan kedudukan 19-18 selepas mendahului selesa 17-7 di set kedua.

Sejak bebas daripada penggantungan akibat kesalahan doping Mei lepas, Chong Wei hanya sekadar meraih dua gelaran kejohanan bertaraf Grand Prix Emas iaitu Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Kanada, kedua-duanya pada Jun, sebelum muncul naib juara dunia Ogos lepas.

Ini juga adalah gelaran ketiga Chong Wei di Terbuka Perancis selepas menjuarainya pada 2007 dan 2011.

Terdahulu, pasangan Korea Selatan, Ko Sung Hyun/Kim Ha Na muncul juara beregu campuran selepas menundukkan pasangan Indonesia, Praveen Jordan/Debby Susanto 21-10, 15-21, 21-19.

Read more »

Thursday, December 4, 2014

PIALA AXIATA: MALAYSIA KE SEPARUH AKHIR


Piala Axiata


Kuala Lumpur - Malaysia menempah slot ke separuh akhir selepas seri 2-2 dengan Singapura pada perlawanan terakhir pusingan pertama Kejohanan Badminton Piala Axiata 2014 di Britama Arena, Jakarta semalam.

Juara bertahan itu layak apabila menduduki tangga keempat dengan mengumpul 17 mata setelah menamatkan tujuh perlawanan dengan empat kali menang, dua kali kalah dan satu seri.

Pada Isnin lepas, Indonesia muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mengumpul 18 mata dengan memenangi empat perlawanan dan satu seri.

Pada perlawanan pelengkap hari ini pula Indonesia menewaskan Thailand 3-1, manakala pasukan pilihan Asia mencatat kemenangan 3-1 ke atas Filipina.

Pasukan pilihan Asia dan Thailand turut layak ke separuh akhir selepas masing-masing mengumpul 19 mata. 

Keempat pasukan ini, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Pilihan Asia bakal berentap di Stadium Badminton Kuala Lumpur di Cheras di sini pada Sabtu dan Ahad, manakala undian akan dilakukan Jumaat ini.

Pada perlawanan hari ini menentang Singapura, skuad badminton negara memperoleh dua mata menerusi perseorangan lelaki dan pasangan beregu lelaki.

Liew Daren diheret bermain 'rubber set' sebelum berjaya menewaskan lawannya Loh Kean Yew 18-21, 21-15 dan 21-19.

Liew yang tunduk pada set pertama, bangkit pada set kedua dan mengekalkan rentak permainan agresif sebelum menamatkan set penentuan yang mendebarkan untuk memastikan mata pertama diperolehi skuad negara.

Perseorangan wanita negara Tee Jing Yi bagaimanapun kecundang mudah kepada Liang Xiaou Yu 8-21 dan 11-21, sekali gus membolehkan Singapura menyamakan kedudukan. 

Beregu lelaki negara, Tan Wee Keong-Tan Boon Heong menghadapi saingan sengit apabila saling berkejaran mata sebelum kembali meletakkan Malaysia di hadapan selepas mengalahkan Loh Kean Hean-Terry Hee Yong Kai dengan 21-16 dan 21-17.

Misi mencari mata tambahan tersekat apabila gandingan beregu campuran negara Chan Peng Soon-Lai Pei Jing tewas kepada pasangan Danny Bawa Chrisnanta-Tan Wei Han dengan keputusan 12-21 dan 18-21.

Kejohanan tahunan ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$1 juta (RM3.42 juta).

Kejohanan edisi kali ini masih mengekalkan format sama merangkumi lapan pasukan terdiri daripada enam negara dan dua pasukan jemputan mewakili Asia dan Eropah.

Selain Malaysia, kejohanan itu turut disertai pasukan dari Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Singapura serta dua pasukan jemputan, Bintang Asia dan Bintang Eropah.

Read more »

share2