1. Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur, sentiasa peka dengan
keadaan semasa penduduk luar bandar di negeri ini terutamanya bagi perkara yang
melibatkan hal-hal kemudahan asas seperti isu bekalan air.
2. Antara masalah yang telah diselesaikan oleh Kerajaan
Negeri Pahang adalah melibatkan isu bekalan air bersih muka sauk Sungai Mentiga
& isu tekanan air rendah di Kampung Melayu Salong, Mukim Penyor, Daerah
Pekan, Pahang Darul Makmur
3. Perkara ini telah mendapat perhatian serius daripada
Allayarham Datuk Seri Abu Bakar Harun (Dato' Burn) yang merupakan mantan ADUN
Chini. Dan kini penyelesaiannya telahpun disegerakan oleh Kerajaan Negeri
Pahang.
4. Kerajaan Negeri Pahang telah mengambil inisiatif segera
untuk menyelesaikan permasalahan ini dengan kerjasama agensi FELDA melalui anak
syarikatnya FIC Intergrated Property Management Sdn Bhd.
5. Pembinaan Kolam Takungan Hiliran (ORS) di Sungai Mentiga
dijangka akan dapat menyelesaikan masalah ini, yang mana akan memberi manfaat
kepada penduduk di sekitar Felda Chini, Paloh Hinai, Kampung Mambang, Kampung
padang Rumbia dan Gumum.
6. Projek ini akan siap sepenuhnya dijangka pada September
2021 dan melibatkan peruntukan sebanyak RM18juta. FELDA juga sedang
mempertimbangkan peruntukan tambahan untuk menambah keupayaan takungan air ke
paras yang lebih tinggi.
7. Bagi isu berkenaan tekanan air rendah di Kampung Melayu
Salong, penyelesaian dapat dicapai dengan penggunaan “booster pump” di rumah
tangki air yang sedia ada bagi memberikan kesan tekanan air tinggi.
8. Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan cadangan untuk
pemasangan dua (2) unit “booster pump” berdekatan rumah tangki air tersebut
beserta dua (2) unit tangki sedutan yang berkapasiti tinggi (10,000 gelen)
setiap satu dan akan berupaya untuk menyalurkan bekalan air terus ke rumah
tangki air yang berkapasiti sebanyak 88,000 gelen.
9. Peruntukan Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur sebanyak
RM100,000.00 telah diluluskan bagi projek penambaibaikkan dan penaiktarafan
ini.
10. Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur akan sentiasa
memastikan keselesaan dan kemudahan rakyat terus diberikan perhatian yang
serius. Dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dibawah pentadbiran Perikatan
Nasional dan agensi-agensi yang terlibat, Kerajaan Negeri Pahang yakin,
pelbagai lagi inisiatif akan dapat dilaksanakan dengan kadar segera demi
kemakmuran anak-anak negeri Pahang.
0 comments:
Post a Comment