Pages

Tuesday, June 23, 2020

ISU BEKALAN AIR BERSIH DI DAERAH PEKAN : 10 FAKTA PENYELESAIAN




1. Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur, sentiasa peka dengan keadaan semasa penduduk luar bandar di negeri ini terutamanya bagi perkara yang melibatkan hal-hal kemudahan asas seperti isu bekalan air.

2. Antara masalah yang telah diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Pahang adalah melibatkan isu bekalan air bersih muka sauk Sungai Mentiga & isu tekanan air rendah di Kampung Melayu Salong, Mukim Penyor, Daerah Pekan, Pahang Darul Makmur


3. Perkara ini telah mendapat perhatian serius daripada Allayarham Datuk Seri Abu Bakar Harun (Dato' Burn) yang merupakan mantan ADUN Chini. Dan kini penyelesaiannya telahpun disegerakan oleh Kerajaan Negeri Pahang.


4. Kerajaan Negeri Pahang telah mengambil inisiatif segera untuk menyelesaikan permasalahan ini dengan kerjasama agensi FELDA melalui anak syarikatnya FIC Intergrated Property Management Sdn Bhd.


5. Pembinaan Kolam Takungan Hiliran (ORS) di Sungai Mentiga dijangka akan dapat menyelesaikan masalah ini, yang mana akan memberi manfaat kepada penduduk di sekitar Felda Chini, Paloh Hinai, Kampung Mambang, Kampung padang Rumbia dan Gumum.


6. Projek ini akan siap sepenuhnya dijangka pada September 2021 dan melibatkan peruntukan sebanyak RM18juta. FELDA juga sedang mempertimbangkan peruntukan tambahan untuk menambah keupayaan takungan air ke paras yang lebih tinggi.


7. Bagi isu berkenaan tekanan air rendah di Kampung Melayu Salong, penyelesaian dapat dicapai dengan penggunaan “booster pump” di rumah tangki air yang sedia ada bagi memberikan kesan tekanan air tinggi.


8. Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan cadangan untuk pemasangan dua (2) unit “booster pump” berdekatan rumah tangki air tersebut beserta dua (2) unit tangki sedutan yang berkapasiti tinggi (10,000 gelen) setiap satu dan akan berupaya untuk menyalurkan bekalan air terus ke rumah tangki air yang berkapasiti sebanyak 88,000 gelen.


9. Peruntukan Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur sebanyak RM100,000.00 telah diluluskan bagi projek penambaibaikkan dan penaiktarafan ini.



10. Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur akan sentiasa memastikan keselesaan dan kemudahan rakyat terus diberikan perhatian yang serius. Dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dibawah pentadbiran Perikatan Nasional dan agensi-agensi yang terlibat, Kerajaan Negeri Pahang yakin, pelbagai lagi inisiatif akan dapat dilaksanakan dengan kadar segera demi kemakmuran anak-anak negeri Pahang.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor