Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 4, 2020

BERSYUKUR ATAS BANTUAN RUMAH KERAJAAN PAHANG



KUANTAN: “Alhamdulillah, terima kasih Menteri Besar Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang, kini kehidupan saya sekeluarga lebih selesa kerana setelah menerima sumbangan untuk memasuki rumah baharu.”


Itu luahan Zahari Mohd Nor, 58, dari Kampung Tanjung Lumpur yang menerima sebuah rumah pada Majlis Penyerahan Kunci Program Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pak Mahat, di sini.


Bapa kepada lima orang anak itu berkata, dia sangat terharu apabila Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Pahang amat prihatin terhadap masalah rakyat di negeri ini.


 “Saya akur dengan keputusan Kerajaan Negeri meminta kami berpindah. Alhamdulillah banyak yang Kerajaan Negeri Bantu terutamanya dalam proses perpindahan kami sekeluarga ke Pak Mahat,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan di pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di sini hari.


Majlis penyerahan kunci berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.


Turut hadir, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Pahang.


Sementara Zuraida Awang Ngah, 43, berkata, beliau berasa amat lega dan bersyukur kerana ada pihak yang sudi membantu untuk mendapat rumah baharu yang lebih selesa dan selamat.


“Terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu ‘menghadiahkan’ saya sebuah rumah . Rumah ini cukup sempurna bagi saya,” kata pesakit buah pinggang itu.


Bagi Nawi Abdullah, 72, pula, Kerajaan Pahang amat prihatin apabila tidak meruntuhkan rumah yang dibina di tanah kerajaan sehingga mendapat rumah yang baharu.


“Saya bersyukur kerana keprihatinan pemimpin turun padang dan melihat sendiri kehidupan kami sekali gus terus membantu,” katanya.



SUMBER – PAHANGMEDIA

0 comments:

share2