KUALA LUMPUR, 2 Mei – Melihat kepada trend peningkatan kes
Covid-19 beberapa hari lalu termasuk semalam yang merekodkan 69 kes baharu,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menimbulkan
persoalan apakah kelonggaran besar secara serentak bermula Isnin 4 Mei ini satu
keputusan kerajaan yang tepat, sedangkan tempoh PKP fasa ke-4 akan berakhir 12
Mei akan datang?
Soal beliau lagi, tidakkah ini semacam tergesa-gesa dan
apakah kerajaan sudah mempersiapkan segala kelengkapan termasuk ‘test-kit’ yang
mencukupi untuk menangani wabak ini kiranya ia kembali meningkat secara
mendadak?
“Moga apa yang berlaku di Kanada dan Jepun sudah dikaji
sedalamnya agar pengalaman mereka yang menyaksikan kes jangkitan meningkat
mendadak selepas kelonggaran lockdown diberikan tidak diulangi di sini.
“Pandangan saya, nak mula buka ekonomi dan melonggarkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada masalah, cuma buatlah secara
beransur-ansur, tidak sekaligus takut tak terkawal,” katanya melalui hantaran
di Facebooknya.
Dilaporkan, semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan sebahagian
besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei tertakluk
kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Sementara itu, di Jepun kerajaan kini mengisytiharkan
darurat kecemasan ekoran gelombang kedua COVID-19 melanda yang mencatatkan 135
jangkitan dalam tempoh seminggu, selepas menamatkan perintah berkurung tiga
minggu apabila kes jangkitan berkurang kepada satu angka.
Keadaan yang sama berlaku di Ontario, Kanada di mana
penurunan kes baharu COVID-19 selama tiga hari berturut-turut menyaksikan
peningkatan mendadak kelmarin dengan 525 kes baharu dan 59 kematian dalam 24
jam.
SUMBER – UMNO Online
0 comments:
Post a Comment