Kerajaan Pahang menyokong pengumuman oleh YAB Perdana
Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei
2020.
Bagaimanapun, Kerajaan Pahang perlu mengkaji dan
memperhalusinya agar sesuai dengan kedudukan semasa penularan wabak pandemik
COVID-19 di Pahang.
Ini akan dibincang secara lanjut pada mesyuarat mingguan
Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri petang Jumaat, 8 Mei 2020.
Sepertimana semua maklum, negeri Pahang kini sedang
menghadapi kemunculan kluster baharu. Oleh itu, tumpuan khusus dan utama perlu
dilakukan bagi menanganinya.
Justeru, Kerajaan Pahang sedang memperhalusi langkah-langkah
pelaksanaan PKPB supaya apabila mana-mana sektor dibuka tidak akan menyebabkan
penularan baharu.
Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail
Menteri Besar Pahang
3 Mei 2020
0 comments:
Post a Comment