Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 20, 2020

MEMBANGUNKAN EKONOMI NEGERI PAHANG PASCA PKP DENGAN ‘MOVE ON’



KUANTAN : Setelah kira-kira dua bulan rakyat Malaysia hidup dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kerajaan akhirnya mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Tujuan PKPB diperkenalkan adalah untuk menggerakkan semula ekonomi negara yang lumpuh akibat penularan wabak Covid-19.


Beberapa syarat ketat telah ditetapkan bagi memastikan pembangunan ekonomi tidak menjejaskan usaha membendung wabak tersebut.


Antara syarat yang ditetapkan adalah setiap premis perniagaan perlu merekodkan data semua pengunjung yang hadir. Bagi memudahkan urusan tersebut, anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang iaitu PahangGo Sdn Bhd telah membangunkan sebuah laman yang bernama MoveOn. Nama MoveOn ini diambil sempena usaha menggerakkan semula ekonomi dalam keadaan berwaspada.


Menerusi MoveOn, kerja mengambil data pengunjung akan menjadi jauh lebih tepat dan mudah. Ini kerana pengusaha premis perniagaan cuma perlu dapatkan kod QR dan paparkan di premis perniagaan. Pengunjung pula hanya perlu imbas kos QR bagi mengesahkan kehadiran mereka.


Pendaftaran premis perniagaan boleh dilakukan menerusi laman web www.moveon.my. Pengunjung premis perniagaan pula hanya perlu muat turun aplikasi mobil PahangGo untuk melakukan imbasan kod QR.


Semua pengusaha perniagaan diharapkan dapat memberikan kerjasama dengan menggunakan MoveOn untuk memudahkan kerja mengesan pergerakan pengunjung sekaligus memperkasakan usaha membendung wabak COVID-19 di Pahang. Sistem merekod pergerakan berpusat ini sangat penting bagi memudah dan mempercepatkan proses menjejaki kontak (contact tracing) sekiranya ada kes jangkitan dikalangan pelanggan atau kakitangan satu-satu premis.


Kesedaran daripada pemilik premis dan pengunjung juga sangat diharapkan agar menitikberatkan soal merekod butiran ini. Diharap inisiatif kerajaan negeri melalui anak syarikat, Pahang Go Sdn Bhd akan berjaya menyumbang kepada usaha mengawal penularan wabak COVID-19.



SUMBER  -PAHANGMEDIA

0 comments:

share2