Pada Ramadhan tahun ini Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.bersyukur kerana dapat membantu penduduk kurang berkemampuan di Kampung Permatang Pauh, Bebar yang amat memerlukan sebuah rumah.
Melalui Kerajaan Negeri Pahang dan permohonan yang disokong
oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail maka
tercapailah hajat beliau membantu dua orang penduduk yang benar-benar susah
(golongan miskin) untuk memiliki sebuah rumah sendiri baru-baru ini.
Puan Salemah bt Karem, merupakan seorang ibu tunggal anak 7
telah menerima sebuah rumah projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) manakala
Sdr. Suhasrizal bin sudin yang mempunyai 5 orang anak telah menerima sebuah
rumah yang diusahakan dengan bantuan badan korporat.
Kedua-dua mereka sebelum ini hanya menumpang mendiami sebuah
rumah kayu yang agak usang dan telah dibaiki beberapa kali. Memikirkan
anak-anak mereka yang semakin membesar tambahan pula pekerjaan mereka yang
sememangnya tidak mampu untuk menyewa rumah maka saya usahakan rumah 3 bilik
ini bagi meringankan beban serta memberi keselesaan buat mereka sekeluarga.
Terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar Pahang,
Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dan Kerajaan Negeri yang tidak
putus-putus membela nasib rakyat di negeri ini.
Kepada penyumbang terutamanya badan korporat dan
agensi-agensi berkaitan, beliau berharap agar terus bekerjasama dengan kerajaan
negeri dalam membantu dan memberi kemudahan kepada rakyat terutamanya golongan
yang memerlukan. Tanggungjawab sosial usaha murni oleh badan-badan korporat
amatlah dihargai.
Penghargaan juga diberikan kepada Pengerusi jawatankuasa
kemajuan dan kemakmuran kampung (JKKK) Permatang Pauh, Ustaz Mohd Nasrul hakim
bin Mat Daud serta kesemua Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung dalam Dewan Negeri
Bebar yang telah bekerja keras, berterusan mendampingi serta mengambil maklum
masalah penduduk setempat.
Dalam ruang Facebook Dato'
Mohammad Fakhruddin menulis, “In Sya Allah, Kerajaan Negeri Pahang akan terus
membantu rakyat dari pelbagai sudut. Sama-samalah kita berdoa kehadrat Allah
SWT agar segala usaha kita dipermudahkan olehnya. Selamat menunaikan ibadah
puasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.”
SUMBER:
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PahangGo
#KasihSayangDunBebar
19 Mei 2020
SUMBER: https://www.facebook.com/mohdfakhruddin.ariff.7/videos/565340647719235/
0 comments:
Post a Comment