Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 24, 2020

ZAHID LIHAT LANGKAH KERAJAAN PAHANG PROAKTIF HADAPI KESAN COVID-19




KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat inisiatif kerajaan negeri Pahang dalam usaha membantu rakyat negeri itu mendepani kesan wabak COVID-19 merupakan satu langkah baik dan tersusun.


Menerusi Live FB zahidhamidi.fanpage, Hello Bersama Presiden UMNO Malaysia yang kali kedua, diadakan, beliau berkongsi pandangan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang antara lain turut melihat pencegahan penularan wabak COVID-19 di Pahang juga cukup baik.


Malah pada masa yang sama kata Ahmad Zahid, rakyat Pahang tentunya menyambut baik dan dapat merasai segala bentuk inisiatif yang telah diumumkan dan telah dilaksanakan hari ini.


“Alhamdulillah…saya melihat kerajaan Pahang ada 28 inisiatif yang dibuat oleh Datuk Seri sendiri dan kerajaan negeri. Ini merupakan satu usaha yang saya dapat maklum balas bahawa rakyat di Pahang amat menghargai semua inisiatif yang diberikan oleh kerajaan negeri ini.


“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kerana beberapa langkah proaktif kerajaan negeri yang mengambil banyak langkah dalam pelaksanaan PKP ini bersama-sama dengan pelbagai pihaj. Begitu juga bantuan-bantuan kepada rakyat Pahang,” katanya.


Dalam pada itu, Zahid turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pahang setelah koordinasi yang baik antara pelbagai pihak dalam mendepani penularan COVID-19.


“Alhamdulillah… syukur dan saya melihat koordinasi yang baik antara Exco-exco kerajaan negeri Pahang dalam menghadapi penularan wabak COVID-19 yang melanda negara.Begitu juga dengan pelbagai pihak lain.


“Saya juga memantau bagaimanakah penularan wabak COVID-19 di negeri Pahang dan Pahang berada di kedudukan yang ketujuh di negara ini, ertinya usaha-usaha yang dilakukan oleh ‘frontliners’ cukup penting apatahlagi bila kerajaan negeri pada waktu yang sama memberikn perhatian kepada mereka yang berada dibarisan hadapan in.


“Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri Besar Pahang dan kerajaan negeri yang telah mengambil langkah-langkah proaktif terutamanya membantu golongan Asnaf, B40 dan sebagainya lagi,” tegasnya.


Sementara itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata 28 inisiatif yang diumumkan sebelum ini tidak dilaksanakan secara sekaligus.


“28 inisiatif ini tidaklah sekaligus dan kita buat secara berfasa, sebagai contohnya ada fasa pertama, kedua, ketiga dan keempat. Semalam saya ada mengumumkan fasa ke empat yang melibatkan enam inisiatif lagi dan dijadikan semua sekali 28 inisiatif.


“Ingin saya memaklumkan kepada YAB Presiden iaitu lebih kurang 28 peratus ketua isi rumah di Pahang yang mendapat bantuan dari empat fasa dan 28 inisiatif yang saya umumkan tadi.


“Saya suka menyatakan di sini bahawa bantuan-bantuan ini kita tidak beri secara ‘ikut suka saja’ tetapi kita ada data-data tertentu yang kita terima pakai dan sebagai contohnya kita terima data dari Pejabat Daerah, Penghulu, Pengerusi JKK dan disalurkan ke kerajaan negeri dan kerajaan negeri akan lihat nama-nama tersebut dan kita akan berikan bantuan berikut.


“Apabila fasa yang berikutnya…akan lihat lagi iatu yang betul-betul terkesan dan pasti dapat sehingga sampai ke fasa ke empat, kata beliau lagi,” tegasnya.


SUMBEER  – UMNO ONLINE

0 comments:

share2