KUANTAN: Bangunan Pejabat Wisma Sri Pahang di laluan antara
blok A dan Blok B telah dipasang dengan Kotak Laluan Nyah Kumah hari ini bagi
kegunaan kakitangan dan pelawat bertujuan untuk disinfektan (bunuh kuman) pada
anggota badan sebelum mereka memasuki pejabat kerajaan negeri itu.
Kotak Laluan Nyah Kuman diberi nama D’Perang itu ditaja oleh
PahangGo Sdn Bhd dan ianya menggunakan ‘Diaclean Pera Sterilant’ yang
mengandungi peracetic acid sebagai bahan aktif yang mematuhi piawaian
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan United States Environmental Protection
Agency (USEPA) sebagai antara bahan yang mampu membunuh virus termasuk Covid-19
malah ianya mengandungi bahan yang halal dan bebas kandungan aldehyde serta
alkohol. Produk ini merupakan kalobrasi antara PahangGo dan UMP Renal Care.
Baru-baru ini, penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP)
berjaya menghasilkan produk disinfektan ‘Diaclean Pera Sterilant’ halal
berasaskan cuka makanan yang mampu membunuh mikroorganisma seperti bakteria,
virus, fungi dan protozoa.
Produk inovasi disinfektan organik yang bersifat mesra alam
ini juga mesra pengguna, tidak berbau, lebih murah serta tidak mendatangkan
sebarang kesan negatif kepada permukaan atau pengendali.
Produk diaclean ini telah mendapat status halal Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan turut diklasifikasikan sebagai disinfektan
tahap tinggi (HDL).
Penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam UMP,
Prof Datuk Ts Dr Zularisam Ab Wahid berkata, sebagai disinfektan tahap tinggi
yang bebas kandungan aldehyde dan alkohol, produk ini juga boleh digunakan
dalam kerja-kerja operasi nyah cemar dan sanitasi awam.
Dato’ Zakaria
Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (kanan) bergambar bersama
Penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam UMP, Prof Datuk Ts Dr
Zularisam Ab Wahid (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif PahangGo, Affandi Bin
Mohd Isa di hadapan Kotak Nyah Kuman D’Perang.
Tambahnya, melalui kajian UMP ia mampu membunuh semua
kumpulan keluarga koronavirus dengan berkesan yang secara alaminya bersifat
enzootic, non-lipid atau yang hanya memerlukan tahap disinfeksi pertengahan
(MLD).
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan
Ismail hari ini juga melalui kotak nyah kuman (D’Perang) ini sebelum beliau
memasuki pejabat bagi menyelesaikan beberapa perkara.
SUMBER -PAHANGMEDIA
0 comments:
Post a Comment