KUANTAN, 04 APRIL 2020 : Sebanyak 352 kes berita palsu diterima pihak Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis di seluruh negara setakat hari ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB. Dato’ Saifuddin
Abdullah berkata jumlah berita palsu
yang diterima juga menunjukkan peningkatan sepanjang penularan
wabak COVID-19.
“Kita sangat dukacita kerana ternampak semacam ada
peningkatan berita palsu yang berlaku
sepanjang kes COVID-19 dan ini menyebabkan kita mengambil
tindakan yang tegas.
“Ada dua pihak yang bertindak, yang pertama ialah SKMM, dan
dari segi SKMM kita telah
membuka 48 kertas siasatan, kemudian ada 24 siasatan aktif,
enam telah dituduh di
mahkamah, dan notis amaran telah diberi kepada lima pihak.
“Pihak polis dari segi kertas siasatan ada 136 kes, yang
sedang dalam siasatan aktif ada 119 kes, 14
kes telah dituduh di mahkamah. Jadi keseluruhan kes yang
dibuat oleh SKMM dan polis, adalah
kertas siasatan dibuka 184 kes, siasatan aktif 143 kes, 20
kes telah dituduh di mahkamah, lima
kes telah diberikan notis amaran,” katanya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB. Dato’ Saifuddin
Abdullah (tengah) bersama Ahli Dewan Negeri Beserah, YB. Andansura Rabu mengadakan sidang media peda program Lawatan Hub Simpanan
& Penyampaian Sumbangan COVID-19 Parlimen Indera Mahkota di Kota Sultan Ahmad Shah (SAS) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Lawatan
Hub Simpanan & Penyampaian
Sumbangan COVID-19 Parlimen Indera Mahkota di Kota Sultan
Ahmad Shah (SAS) di sini hari ini
yang turut dihadiri Ahli Dewan Negeri Beserah, YB. Andansura
Rabu.
Beliau berkata penularan berita palsu ini bukanlah perkara
yang baik kerana tidak membantu
pihak kerajaan dalam mengatasi masalah COVID-19 ini.
“Tindakan ini (penyebaran berita palsu) menyebabkan kita di
SKMM menubuhkan pasukan
respon pantas yang pada setiap hari terpaksa menjawab atau
menakan
purata lima atau enam berita yang tersebar terutamanya dalam media sosial.
Beliau berharap supaya orang ramai memberikan kerjasama
dengan tidak menularkan perkara
yang tidak diketahui kesahihannya.
“Saya harap anggota masyarakat haruslah memberi kerjasama
jangan forward benda-benda
yang kita tak tahu. Kalau kita sangsi, telefon hotline semua
agensi kerajaan yang ada hotline
sekarang tanya betul-betul atau boleh saja lihat secara
online.
“Aktiviti 1 melibatkan pemberian makanan kepada 300 pelajar
Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) dan 200 petugas barisan hadapan; Aktiviti 2 adalah
sumbangan barangan dapur
sebanyak 4,000 bungkus; Aktiviti 3, mengedarkan 500 unit
pelindung muka (face shield)
kepada petugas barisan hadapan; dan Aktiviti 4, mengedarkan
1,000 unit topeng muka dan
pembersih tangan kepada petugas barisan hadapan.
“Aktiviti 5 pula kita memberikan bantuan berupa lampin pakai
buang, susu dan lain-lain
barangan bayi kepada 1,000 penerima; Aktiviti 6, mengedarkan
barangan keperluan peribadi
seperti tuala wanita, lampin pakai buang dewasa dan
lain-lain kepada 1,000 penerima; dan
Aktiviti 7, menyediakan satu unit kedai ihsan daripada
pemaju KotaSAS sebagai pusat operasi,”
katanya.
SUMBER – PAHANGMEDIA
0 comments:
Post a Comment