Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 13, 2020

TUN M PUNCA PH TUMBANG, BUKAN SALAH BN ATAU PN






Setiausaha Penerangan MIC Pusat Subash Chandrabose berkata, ayat ‘kerajaan pintu belakang’ sebenarnya sengaja diwujudkan oleh pembangkang untuk membangkitkan huru-hara dalam negara.

Jelas beliau, tidak ada sebab untuk memanggil kerajaan baru ini kerajaan pintu belakang kerana punca Pakatan Harapan (PH) tumbang adalah kerana Tun Dr. Mahathir Mohamad letak jawatan.

“Saya sebenarnya tidak faham kenapa panggil kerajaan ‘pintu belakang’, bukannya ada rampasan kuasa sehingga timbul suasana huru-hara dan tentera terpaksa masuk campur jadi, tidak ada sebab untuk memanggil kerajaan hari ini kerajaan pintu belakang.

“Punca runtuhnya kerajaan pimpinan PH adalah kerana pemimpin mereka sendiri, kerana Tun letak jawatan sehingga PH tidak ada lagi majoriti.

“Perkataan ‘pintu belakang’ ini diwujudkan oleh pembangkang sekarang hanya untuk mengeliru dan menimbulkan rasa gelisah di hati rakyat agar rakyat berasa tidak puas hati,” ujar beliau ketika menjadi panel dalam segmen Hujah yang membicarakan isu ‘Usul Undi Tidak Percaya’ yang disiarkan secara langsung di Facebook UMNO-Online, Khamis malam.

Tambah Subash, sekiranya pembangkang sekarang mahu membuat undi tidak percaya kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin maka ia ibarat mempertikai keputusan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

Pengamal undang-undang Kevin Koo Seng Kiat pula berkata, tiada siapa yang menjangkakan Tun Mahathir akan meletak jawatan sehingga menjadi penyebab kepada runtuhnya kerajaan PH.

“Tindakan Tun meletak jawatan adalah permulaan kepada semua ini sehingga PH tumbang jadi ia bukan salah BN ataupun PN (Perikatan Nasional). Selepas Tun letak jawatan maka Agong ada hak di bawah Perkara 40(3) dalam Perlembagaan untuk lantik sesiapa yang baginda rasa dapat majoriti.

“Saya berasa amat kagum dengan cara Baginda yang interview semua wakil rakyat dan ini amat bijak. Bila Muhyiddin dipilih dan membentuk kerajaan baru maka ini bukan kerajaan pintu belakang, ini melalui pintu depan kerana ia dengan izin dan telah dipilih oleh Yang Dipertuan Agong.

“Kita tidak boleh panggil ini kerajaan pintu belakang. Pembangkang kalau tidak puas hati boleh cabar di mahkamah tapi mahkamah takkan memihak kepada mereka sebab itu hak Agong mengikut Perlembagaan Persekutuan,” terang beliau.


0 comments:

share2