Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 15, 2020

PEMUDA UMNO SARAN GENCATAN POLITIK, TUMPU COVID-19, EKONOMI DAN AGENDA RAKYAT




KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO hari ini menyeru agar seluruh kepimpinan politik melakukan gencatan politik buat sementara waktu dan memfokuskan kepada permasalahan rakyat yang lebih besar.


Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata hari ini pandemik wabak Covid-19 dan krisis ekonomi benar-benar menghantui rakyat serta negara.


“Saya menyeru agar seluruh kepimpinan politik agar melakukan gencatan politik buat sementara waktu dalam keadaan rakyat berhadapan dengan dua krisis besar pandemik wabak Covid-19 dan krisis ekonomi yang benar-benar menghantui rakyat ni.


“Hentikan seketika perbalahan politik dan ketidakpuasan hati dalam isu perlantikan anggota kabinet demi memelihara dan memfokuskan maslahah rakyat yang lebih besar,” katanya menerusi catatan di facebook.


Katanya lagi sama-samalah berdoa agar negara dan rakyat dijauhkan daripada wabak berkenaan.


“Ayuh…Kita sama-sama berganding bahu menangani kemelut ekonomi dan Coronavirus Covid-19 secara bersama. Kita panjatkan doa agar Allah memelihara dan menghindari kita daripada wabak Covid-19 yang menakutkan ini,” tambahnya.-



SUMBER :  UMNO Online

0 comments:

share2