KUALA LUMPUR, 10 Mac – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan
Rosdy Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Mohd Yassin, atas pengumuman Kabinet Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional
(PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang dianggotai oleh rencaman
tokoh-tokoh yang melampaui batasan kaum dan latar kerjaya.
Menurut beliau gabungan dan kombinasi menerusi kabinet
tersebut dilihat mampu melonjakkan kemajuan serta memelihara kemakmuran negara
demi kesejahteraan rakyat-jelata.
“Saya turut ucapkan terima kasih atas pelantikan enam
anggota Parlimen dari Pahang, iaitu dua menteri termasuk Menteri Kanan Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan Menteri Komunikasi dan
Multimedia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
“Empat lagi ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Shahar
Abdullah; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohd Said; Timbalan
Menteri Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, dan Timbalan Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib,” katanya dalam
satu kenyataan berkaitan pelantikan ini.
Katanya lagi dengan pembentukan kabinet persekutuan ini,
ianya diharap negara dapat segera ditadbir dan digerakkan semula ke arah
mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sepertimana yang telah dirangkakan,
Insya-Allah,” ujarnya.
SUMBER – UMNO Online
0 comments:
Post a Comment