KUALA LUMPUR, 14 Mac
-- Semua perhimpunan, aktiviti belia dan acara sukan yang dianjurkan
atau diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun agensi di bawah
seliaannya ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April
ini.
Ia selaras dengan keputusan dan saranan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas dan juga keputusan Mesyuarat Khas
Jemaah Menteri Mengenai COVID-19, semalam.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina
Merican, dalam satu kenyataan hari ini, berkata keputusan itu akan diteliti
semula sekiranya situasi COVID-19 bertambah baik.
"Keputusan dan peringatan pematuhan ini diambil atas
sebab keutamaan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan khususnya belia dan
atlet negara yang terlibat di pelbagai peringkat bagi mencegah kemungkinan
jangkitan COVID-19 yang semakin menular,” katanya.
Menurut Reezal
Merican, kementeriannya turut mengambil maklum mengenai langkah proaktif yang diambil beberapa badan sukan dan belia
yang telah menangguhkan serta membatalkan program masing-masing.
"Begitu juga inisiatif larangan penonton di lokasi
kejohanan masing-masing mengikut kesesuaian setelah mengambil kira nasihat
pihak berkuasa, khususnya Kementerian Kesihatan," katanya.
SUMBER -- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment