Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 4, 2020

TUDUH UMNO GANGGU PROGRAM, SYED SADDIQ DITUNTUT MOHON MAAF






UMNO telah memulakan prosedur saman terhadap Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila menuduh parti itu terbabit dalam kejadian serangan sekumpulan individu di Ulu Tiram, Johor baru-baru ini.




Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa pergerakan itu melalui peguamnya, Nik Saiful Adli Burhan yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia telah pun memulakan prosedur dengan menghantar Notis Tuntutan Permohonan Maaf.




“Seperti yang dijanjikan, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui peguam kami Saudara Nik Saiful Adli yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia telah pun memulakan prosedur saman YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan menghantar Notis Tuntutan Permohonan Maaf atas kenyataan fitnah beliau di laman Facebook yang mengaitkan UMNO dengan insiden lari lompat pagar meninggalkan ibu dan penyokong-penyokong kamu di Johor baru-baru ini.

“Kegagalan kamu wahai YB Syed Saddiq menjawab notis ini dalam tempoh 3 hari, maka Notis Saman pula akan menyusul. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya,” tegas beliau dalam kenyataan melalui laman Facebooknya.

Dilaporkan, dalam kenyataannya, Syed Saddiq memberitahu sekumpulan individu yang sengaja mencetuskan huru-hara pada majlis pertemuan sayap parti itu dan mereka disyaki daripada pihak pembangkang iaitu UMNO yang sengaja datang untuk mengganggu program.


0 comments:

share2