KUANTAN : 90 peratus pelancong ke Pahang setiap tahun adalah
pelancong tempatan dan statistik tersebut menyumbang kepada usaha
giat mempromosikan produk pelancongan di kalangan rakyat tempatan berikutan
wabak Penularan wabak coronavirus (COVID-19 ) yang nyata menjejaskan jumlah
pelancong dari luar negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan
Perladangan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin
berkata, pihaknya menerima banyak laporan berkenaan pembatalan pakej percutian
oleh pelancong terutamanya dari China ekoran arahan serta larangan yang
dikeluarkan.
Menurutnya, keadaan semasa yang tidak ada ketetapan bila
akan berakhir itu meyebabkan pihaknya memikirkan dan melaksanakan usaha bagi
memperkasakan sektor pelancongan domestik.
“Kita memberi tumpuan dalam usaha menarik pelancong tempatan
dan juga asing yang mahu ke negara China agar ‘melencong’ datang ke Pahang.
Antara caranya ialah pertandingan video pendek yang kita adakan di mana ribuan
penyertaan yang bakal kita siarkan di medium sosial akan menjadi faktor
penarik.
“Kita masih mampu menjana pendapatan melalui pelancongan,
malah lebih rancak jika pelbagai keunikan yang ada di negeri ini dapat
dipamerkan melalui usaha promosi yang dilakukan secara berterusan,” katanya.
“Ia bakal mempamerkan keindahan yang terdapat di negeri ini
melalui usaha dan kreativiti oleh setiap peserta selain mempergiat kerja-kerja
promosi yang dilakukan sepanjang tahun,” katanya dalam sidang media di Wisma
Sri Pahang.
Hadir sama, Pengurus Besar Tourism Pahang, YBhg. Datuk Ishak
Mokhtar dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Negeri Pahang, YBhg. Dato’ Haji Edros Yahaya.
SUMBER – PAHANGMEDIA
0 comments:
Post a Comment