KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad
Hasan menganggap cadangan UMNO/Barisan Nasional (BN) dan PAS sebagai mewakili
Muafakat Nasional yang menyarankan Parlimen dibubar bagi membolehkan pilihan
raya umum diadakan adalah amat munasabah.
Katanya, masa depan negara dan kestabilan politiknya mesti
ditentukan oleh rakyat dan bukan elit politik.
“Cadangan ini amatlah munasabah, wajar dan sangat sesuai
untuk menyelesaikan kemelut politik pasca kejatuhan Pakatan Harapan (PH),”
katanya dalam kenyataan berkaitan situasi politik terkini.
Jelasnya, kembali kepada rakyat bagi mendapatkan mandat
adalah jalan terbaik untuk demokrasi Malaysia berfungsi sebaiknya.
“Semoga dilimpahkan rahmat taufik dan hidayah daripada Allah
SWT buat semua demi mendapatkan keputusan terbaik buat sekalian rakyat
Malaysia. Insya-Allah,” katanya lagi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Rantau.
Dilaporkan, Muafakat Nasional sepakat menolak
sebarang gabungan yang membabitkan Dap dan mahukan Parlimen dibubarkan.
Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung UMNO pada
sidang media khas di PWTC, selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Katanya, terdapat cadangan selepas terlantiknya Perdana
Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk beliau membentuk apa yang
disebut sebagai ‘unity government’ yang secara prinsipnya banyak bercanggah
dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan iaitu atas dasar parti dan bukannya
individu.
SUMBER – UMNO Online
0 comments:
Post a Comment