Pages

Wednesday, February 26, 2020

CADANGAN BUBAR PARLIMEN AMAT MUNASABAH, RAKYAT MANDAT TERBAIK DEMOKRASI MALAYSIA




KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menganggap cadangan UMNO/Barisan Nasional (BN) dan PAS sebagai mewakili Muafakat Nasional yang menyarankan Parlimen dibubar bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan adalah amat munasabah.


Katanya, masa depan negara dan kestabilan politiknya mesti ditentukan oleh rakyat dan bukan elit politik.


“Cadangan ini amatlah munasabah, wajar dan sangat sesuai untuk menyelesaikan kemelut politik pasca kejatuhan Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam kenyataan berkaitan situasi politik terkini.


Jelasnya, kembali kepada rakyat bagi mendapatkan mandat adalah jalan terbaik untuk demokrasi Malaysia berfungsi sebaiknya.


“Semoga dilimpahkan rahmat taufik dan hidayah daripada Allah SWT buat semua demi mendapatkan keputusan terbaik buat sekalian rakyat Malaysia. Insya-Allah,” katanya lagi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau.


Dilaporkan, Muafakat Nasional sepakat menolak sebarang gabungan yang membabitkan Dap dan mahukan Parlimen dibubarkan.


Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung UMNO pada sidang media khas di PWTC, selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.


Katanya, terdapat cadangan selepas terlantiknya Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk beliau membentuk apa yang disebut sebagai ‘unity government’ yang secara prinsipnya banyak bercanggah dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan iaitu atas dasar parti dan bukannya individu.


SUMBER – UMNO Online

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor