Ladang rebung buluh madu Lanchang
Kawasan pertanian berkeluasan
40 hektar ini terletak hanya kira-kira 12 KM dari Plaza Tol Lanchang dan 16 KM
dari Pekan Lanchang. Bagaimanapun ianya lebih mudah dan sesuai didatangi
menggunakan kenderaan pacuan 4 roda kerana beberapa kilometer terakhirnya
merupakan jalan yang belum diturap lagi.
Apa yang menariknya adalah
disinilah pertanian buluh rebung madu dibuat pada skala besar secara komersial
bagi tujuan pasaran dalam dan luar Negara.
Menurut En Adnan, Pengurus Operasinya
buluh yang ditanam ini adalah species yang berasal dari Negara China. Saiz
buluh dan rebungnya adalah lebih kecil dari saiz buluh rebung yang biasa kita
temui namun menurut beliau rasanya lebih lazat lagi.
Selain dari menjadikan tanaman
buluh rebung madu ini sebagai tanaman utama, pihaknya juga menanam nangka madu,
mangga chokanan, betik serta kedondong. Buah markisa juga ditanam namun masih sebagai
tanaman percubaan.
Selain itu, ternakan ikan
kolam juga diusahakan dengan memelihara ikan jenis tilapia, puyu serta baung.
Memandangkan kawasan pertanian
ini sering juga dikunjungi oleh peserta-peserta kursus yang dianjurkan sama ada
oleh Jabatan Pertanian serta swasta maka bilik-bilik penginapan telah
disediakan bagi tujuan kursus-kursus yang memerlukan pesertanya bermalam
disini.
Menurut En. Adnan, bilang
bilik-bilik dan syele akan ditambah dari masa ke semasa kerana adanya
permintaan yang semakin meningkat kebelakangan ini. Beliau juga menyediakan
pakej penginapan berkeluarga dengan bayaran yang berpatutan.
Bagi pakej 2 Hari 1 Malam
harga yang dikenakan adalah RM250.00 seorang yang mana termasuk penginapan
serta makan minum dan lawatan ke ladang. Pengunjung juga boleh menyewa syele
dengan kadar RM80.00 semalaman dengan memasak makanan sendiri kerana tiada
restoran di kawasan berhampiran.
Kawasan pertanian ini juga tidak
jauh dari ‘Santuari Gajah’ di Kuala Gandah.
Justeru, kedua-dua program lawatan kedua-dua lokasi destinasi ini boleh
dilakukan dalam satu masa bagi menjimatkan masa dan perjalanan ketika merancang
percutian.
Sebarang pertanyaan dan tempahan
boleh dibuat dengan menghubungi En. Adnan boleh di talian: 014-29499988 atau
016-4935395.
Buluh rebung madu
Rebung yang sudah dikutip dan diproses
Dalam proses pengawetan
Di pasarkan juga dipasar-pasaraya tempatan selain dari di ekspot
Tanaman nagka madu
Salah satu dari kolam ternakan ikan baung
Satu kawasan dimana tumbuhan serdang dikekalkan
sebagai tumbuhan semulajadi
Bilik penginapan yang selesa
Pondok rehat disediakan untuk pengunjung bersantai
Pondok rehat dan rekreasi
Tram disediakan untuk kegunaan semasa lawatan
0 comments:
Post a Comment