Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 1, 2015

MANDAT DIBERI KEPADA INSTITUSI MELAYU

Najib Tun Razak bersama pemimpin Melayu menandatangani Waad Misi


KUALA LUMPUR 28 Feb. – Pemimpin Melayu negara ini malam ini secara simbolik memberikan mandat kepada beberapa institusi untuk melaksanakan amanah masing-masing dalam usaha memperkasakan agenda kaum berkenaan.

Institusi-institusi tersebut adalah Majlis Perundingan Melayu (MPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Biro Taranegara dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).

Wakil pemimpin Melayu tersebut, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mandat tersebut diberikan selepas Waad Misi Melayu Abad Ke-21 ditandatangani oleh mereka sebagai komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Kita melihat (pemberian amanat ini) sebagai simbolik pelancaran perhimpunan Melayu Mahawangsa ini sebagai bangsa yang hebat, bermaruah dan berkat.

“Saya mewakili pemimpin Melayu memberi amanat kepada institut ini dalam melaksanakan amanah melalui perhimpunan ini, maka mereka akan menjalankan tanggungjawab itu selepas ini,” katanya dalam Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu, di Stadiun Putra Bukit Jalil, di sini malam ini.

Dalam pada itu, mewakili institusi-institusi berkenaan, Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr. Hassan Mad berkata, pihaknya menyahut kepercayaan yang diberikan oleh Hishammuddin itu.

Katanya, kesemua institusi tersebut sepakat dalam melaksanakan amanah tersebut.

“Kami dengan ini sepakat untuk melaksanakan mandat yang diberikan oleh kepemimpinan Melayu,” jelasnya.




0 comments:

share2