Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 21, 2016

DIPENJARA SEBAB PAKSA KEKASIH BERSENAM, JAGA MAKAN


Dipenjara sebab paksa kekasih bersenam, jaga makan


London - Seorang lelaki dipenjara atas tuduhan mengawal kehidupan teman wanitanya dengan memaksa wanita itu melakukan senaman, menentukan pakaian serta apa yang patut dimakan.

Mohammed Anwaar menunjukkan kepada teman wanitanya, Gemma Doherty foto badan wanita dan berkata dia tidak menawan seperti wanita tersebut.

Malah lelaki itu turut menghadkan pergaulan serta ia mengurangkan tahap keyakinan wanita itu.

Anwaar mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengawal dan kelakuan paksaan bersama dengan sembilan tuduhan serangan dan kerosakan jenayah.

Anwaar dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah selepas mahkamah mendengar perasaannya berubah dengan cepat dan telah merosakan hidup wanita itu.

Menurut Gemma, hubungan mereka bermula dengan baik tapi mula berubah pada Mei tahun lalu.

"Saya tahu, perasaannya cepat berubah hanya untuk perkara yang kecil. Dia memporak-perandakan hidup saya," katanya dipetik Metro.uk

Malah menurut Gemma, selain mengawal kehidupannya, Anwaar sering memarahinya dan berkata, dia pernah tidak sedarkan diri selepas lelaki itu menampar, menendang serta memecahkan telefon bimbitnya.

Sementara itu, Pendakwa Nicola Quinney berkata, Anwaar pernah mengacu pisau di leher Gemma dan bertanya sama ada mahu dia membunuhnya malah berkata, dia tidak takut dengan hukuman penjara seumur hidup.

Semasa serangan itu, anak Gemma, Ethan berusia tiga tahun, bersembunyi di bawah katil.

Hakim Julian Goose QC berkata, lelaki itu jelas mempunyai sejarah keganasan.


0 comments:

share2