KUALA LUMPUR - Pintu 2 Istana Negara hari ini menjadi
tumpuan media apabila difahamkan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pas
berkemungkinan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah.
Ahli Parlimen BN dan Pas sepatutnya dijadualkan mengadap
Yang di-Pertuan Agong semalam, namun perkara itu tidak berlaku.
Malam tadi selepas pertemuan tertutup di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC), pemimpin kedua-dua parti itu memberi bayangan kemungkinan
akan ke Istana Negara hari ini.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul
Rahman berkata, jangkaan waktu untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong mungkin
pada sebelah pagi, namun berharap semua pihak dapat menunggu keputusan rasmi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr
Ismail Mohamed Said berkata, semua pimpinan hanya menunggu arahan.
"Malam ni kita bincang jika ada arahan parti, baru kita
pergi (Istana). Bab majoriti kena tanya presiden," katanya.
SUMBER : SINAR HARIAN
0 comments:
Post a Comment