Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 25, 2020

PENDIRIAN UMNO SANGAT JELAS, KONSISTEN- TOLAK PEMBENTUKAN KERAJAAN BERSAMA DAP – DR SHAMSUL ANUAR



KUALA LUMPUR, 25 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pendirian UMNO sangat tegas dan jelas.


Ujarnya, dalam menghadapi apa juga situasi, UMNO konsisten dengan prinsip dan ideologi yang menjadi asas dan pegangan parti.


“UMNO tetap menolak pembentukan kerajaan dan apa juga perkara yang ada hubungan dengan Dap termasuk mana-mana pemimpin yang bersekongkol dengan Dap.


“Dap parti yang sangat rasis dan tidak boleh dipercayai. Kerosakan negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan kehancuran kerajaan PH ini sebenarnya berpunca daripada Dap.


“Dap antara penyebab utama kegagalan PH,” tegasnya dalam satu kenyataan.


Seterusnya, Dr Shamsul yang juga Ahli Parlimen Lenggong memberi amaran kepada Dap agar jangan menuding jari menyalahkan UMNO atas kehancuran PH.


“Kehancuran kerajaan PH adalah disebabkan oleh pimpinan PH sendiri terutama Dap.


“Justeru itu kenyatan media Lim Guan Eng yang salahkan UMNO akibat kehancuran PH sangat tidak tepat dan berniat jahat,” bidasnya lagi.


Jelasnya lagi, UMNO PAS kekal perkukuhkan Muafakat Nasional.


Semalam, Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng dalam sidang medianya membuat tuduhan bahawa tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri (PM) adalah kerana Tun Mahathir tidak mahu bekerjasama dengan UMNO.


Ekoran runtuhnya PH dan perletakan jawatan Tun Mahathir sebagai PM, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Mohd Zuki Ali mengeluarkan kenyataan bahawa dengan perletakan jawatan Tun Mahathir itu, maka secara automatik terbubarnya Kabinet di kalangan Menteri dan Timbalan Menteri sebagaimana yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.



Sebelumnya, KSN telah mengumumkan Tun Mahathir sebagai PM Interim, juga atas perkenan Yang di-Pertuan Agong. 


SUMBER – UMNO ONLINE

0 comments:

share2