Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 18, 2020

WASPADA PROPAGANDA LAWAN, TERUSKAN KEMPEN HINGGA SAAT AKHIR. –WAN ROSDY





KIMANIS  – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tempoh berkempen yang hanya tinggal beberapa jam sahaja perlu terus ditingkatkan dalam usaha membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin.


Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan jentera serta pengundi agar tidak terpengaruh dengan pelbagai propaganda pada saat-saat akhir serta cepat bertindak dalam usaha mengekang daripada terus menjalar dan mempengaruhi pengundi.


“Alhamdulillah saya dapati setelah meninjau dan mendengar taklimat serta berdasarkan pemerhatian saya, nampaknya pengundi di sini masih lagi setia bersama BN. Dan tinggal beberapa jam sahaja lagi cuma pesanan saya supaya terus berusaha mencari pengundi supaya undi dapat kita terjemahkan.


“Dalam PRK percaturan untuk mendapatkan undi siapa yang banyak mereka akan menang dan usaha untuk menarik pengundi akan terus digiatkan sebelum masa mengundi. Perkara biasa dalam politik terutama menjelang hari mengundi dan itu propaganda serta ‘cywar’ untuk mengelirukan apabila berita ini diutarakan mungkin ada setengah-setengah pengundi akan merasakan sebaliknya… padahal itu tidak benar,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.


Tedahulu sebelum itu beliau mengadakan ‘walkabout’ di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Binsuluk.


Tambah Wan Rosdy yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, sebab itu jentera parti perlu kuat dan apabila soal propaganda ditimbulkan oleh pihak lawan, jentera perlu terus memberitahu melalui pelbagai medium berkaitan fitnah ini.


“Pendekatan saat-saat akhir berbeza… saya telah empat penggal bertanding dan kemudiannya ada PRK baru-baru ini berlangsung di kawasan saya Cameron Highlands dan macam-macam cara serta kaedah dan propaganda fitnah selain bermacam-macam berita yang bukan-bukan keluar. Kita kena beritahu pengundi kita supaya jangan mendengar khabar-khabar angin. Ini adalah perkara biasa kerana untuk mendapat undi. Sebab itu kita perlu selalu ke depan daripada mereka,” ujarnya



SUMBER – UMNO

0 comments:

share2