Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 23, 2020

WARISAN GELABAH “U-TURN”, BUKTI NILAI DAN KUASA RAKYAT – HISHAMUDDIN




KUALA LUMPUR, 23 Jan – “Sekarang, bila rakyat dah suarakan ketidakpuasan hati mereka ke dalam peti undi, baru gelabah nak ‘U-turn’ (pusingan-U)?

Demikian soal Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein merujuk kepada tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang berkata pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) dibatalkan.

“Ini pengajaran paling berguna buat Pakatan Harapan (PH)-Warisan supaya jangan ego dan sibuk nak berpolitik semata-mata sehingga abai kritikan rakyat.

“Tahniah rakyat Sabah serta Kimanis kerana mengajar PH-Warisan apa itu nilai dan makna kuasa rakyat,” tegas Hishammuddin dalam satu catatan di Facebook miliknya.

Sabtu lalu parti kerajaan negeri Sabah, Warisan yang mesra PH kalah di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis kepada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti sebanyak 2,029 undi.

Ulas Hishammuddin yang juga bekas Menteri Pertahanan, kebimbangan rakyat negeri itu berkaitan pelaksanaan PSS mempunyai asas yang sangat kukuh tetapi Warisan menuduh BN mempolitikkan perkara tersebut.

“Masa berkempen di Kimanis minggu lepas, saya jumpa ramai pengundi, mereka sendiri luah kepada saya kebimbangan terhadap perancangan PH-Warisan untuk laksana Pas Sementera Sabah (PSS).

“Tetapi PH-Warisan tetap taksub pertahan PSS. Sampai sanggup tuduh BN jadikan PSS modal politik dan fitnah BN laksana PSS terlebih dahulu. Langsung tak peduli rintihan rakyat,” bidasnya lagi. – 

SUMBER:  UMNO  

0 comments:

share2