Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 16, 2019

MANGSA BANJIR PAHANG MENINGKAT LEBIH 1,000 ORANG




KUANTAN – Banjir di Pahang menunjukkan trend meningkat dengan membabitkan lebih 1,003 mangsa daripada  256 keluarga dari daerah Rompin terpaksa dipindahkan akibat banjir susulan hujan lebat tanpa henti sejak kelmarin.


umlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 862 daripada 231 keluarga malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Penolong Pesuruhjaya (PA) Zainal Yusof berkata, setakat ini, sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa.


"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pianggau merekod mangsa paling tinggi iaitu seramai 284 mangsa daripada 81 keluarga dan diikuti SK Sarang Tiong (208 mangsa), Dewan Kampung Setajam (187) dan SK Sarang Tiong (127).


"Selain itu, Balairaya Kampung Rekoh (119), Dewan Angkat Berat (44), Balai Kampung Sepayang (40); Balai Raya Bukit Lepas (33), Dewan Teluk Gading (30), Balairaya Kampung Janglau (28) dan Balairaya Lintang atau Surau Kampung Perpat membabitkan empat keluarga dengan 26 mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, kesemua mangsa tersebut dari 15 kampung antaranya Kampung Bukit Serdang, Kampung Kepa, Kampung Jawa, PPRT Desa Selesa Perpat, Kampung Janglau 1, 2, dan 3; Kampung Kurnia, Kampung Sepakat, Kuarters Pertanian Pantai Hiburan, Kampung Kasing Pianggu dan Kampung Lantang.


"Enam jalan ditutup keranai dinaiki air iaitu Jalan Teja Kampung Kasing, Jalan Redan, Kampung Kasing, Jalan Kasturi Kampung Kasing, Jalan Kempas Kampung Kasing, Jalan Jala Jati dan Jalan Kurnia–Bukit Lepas.


"Kita meminta semua pengguna jalan raya menggunakan laluan alternatif lain dan elakkan melalui jalan tersebut. Orang ramai perlu sentiasa peka perkembangan semasa banjir dan mematuhi arahan sekiranya diarahkan berpindah.



Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Dato' Sri Hajah Shahaniza Binti Shamsuddin memantau perkembangan sekarang menasihati semua mangsa banjir tabah dengan dugaan dan berterima kasih  kepada Wakil-wakil rakyat kawasan, JKM, semua agensi terlibat dan para sukarelawan yang membantu.


0 comments:

share2