Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 12, 2019

PILIH PUSAT TAHFIZ BERDAFTAR




KUANTAN - Rakyat di Negeri Pahang khususnya disarankan agar memilih pusat pengajian yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri sebelum menghantar anak-anak mereka.
.

YB Dato Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad turut mengingatkan kepada pihak yang ingin membuka pusat pengajian seumpama itu agar mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri melalui agensi yang bertanggungjawab.
.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang itu juga menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri ada menawarkan pusat-pusat pengajian yang memadai dengan tawaran bantuan melalui Yayasan Pahang serta MUIP bagi mereka yang memerlukan.
.

"Atau jika disini tidak juga menepati citarasa masyarakat, mereka boleh menghantar ke Pusat-Pusat Pengajian swasta, persendirian atau pondok yang berdaftar dibawah MUIP.
.

"Janganlah pergi ke pusat-pusat pengajian yang tidak menepati syarat serta kriteria ditetapkan," katanya ketika bertemu dengan pihak media hari ini.
.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan Kerajaan Negeri juga akan memastikan agar JAIP dapat menyenaraikan Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan serta Tahfiz atau Pondok yang mendapat kelulusan Kerajaan Negeri atau dibawah seliaan untuk paparan di lokasi umum bagi memudahkan orang ramai menyemak.
.

"Kerajaan Negeri juga menyeru agar agensi-agensi Kerajaan dan swasta serta orang ramai sentiasa mendekati warga pondok dan mendampingi mereka.
.

"Kerana ini mungkin membantu kekurangan serta kelemahan bagi menampung suasana dan mengelakan kemurungan seperti yang berlaku baru-baru ini," tambah beliau.

Semalam, beliau turut menggiringi Keberangkatan YAM Tengku Panglima Raja Mejar Tengku Amier Nasser Ibrahim Shah Menjenguk dan menyampaikan titah takziah Paduka Ayahnda Al Sultan Abdullah Riayatudin al Mustafa Billah Shah menjenguk keluarga ayah mangsa dera mati Mohamad Amin bin Aiman dipusat tahfiz baru-baru ini.



SUMBER: UMNO PAHANG

0 comments:

share2