Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 9, 2019

PAHANG BINA LOJI RAWATAN EFLUEN KILANG SAWIT, RAWAT AIR YANG PERTAMA DIDUNIA.







Kerajaan Negeri Pahang mencipta sejarah baru negara apabila telah membina sebuah Loji Rawatan Efluen IHI Kilang Sawit, Dominion Square Sdn. Bhd yang menggunakan teknologi terkini dan dibangunkan oleh syarikat IHI Corporation dari Jepun di Lebuhraya Tun Razak, Gambang.

Loji rawatan efluen yang digelar sebagai ‘Super Mesra Alam' dibina di atas tapak berkeluasan 40 meter X 30 meter merupakan satu-satunya loji yang boleh merawat efluen atau sisa, sehingga ke tahap paling minimum dengan nilai ‘Biological Oxygen Demand’ (B.O.D) yang dilepaskan ke alur air ialah 20 part per million (p.p.m) dan ke bawah.

Sebagai rujukan, tahap yang dibenarkan oleh undang-undang negara dan masih dikira selamat serta bersih selama ini ialah kira-kira 100 part per million (p.p.m) maka teknologi di loji ini ialah kira-kira lima (5) kali ganda lebih selamat serta bersih daripada apa yang dibenarkan.

Majlis perasmian loji ini disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam ucapannya, Menteri Besar Pahang mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat, kerana berjaya membina satu loji yang dapat membersihkan air ke tahap yang sangat bersih secara berterusan dan stabil.

“ Ini sudah pastinya dapat menyumbang kepada kebaikan alam sekitar dan memberi imej yang baik kepada industri sawit Malaysia. Saya harap usaha baik ini tidak terhenti di sini sahaja, malah berterusan dan dicontohi oleh rakan-rakan industri yang lain", katanya.

“ Saya juga berasa bangga kerana daripada sebanyak 450 kilang sawit di negara ini, Kilang Sawit Dominion Square Sdn Bhd yang dimiliki oleh L.K.P.P Corporation Sdn Bhd telah dipilih untuk menjadi tapak bagi pembinaan loji ini yang sekaligus menjadikan kilang sawit Dominion Square Sdn Bhd ini sebagai kilang sawit pertama di dunia yang dilengkapi dengan sistem rawatan efluen atau sisa berteknologi tinggi yang benar-benar mesra-alam", tambahnya.

Sebagai latar belakangnya, projek pembinaan loji ini merupakan kerjasama tiga (3) pihak iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (M.P.O.B), I.H.I Corporation dan Dominion Square Sdn Bhd.

Tahniah kepada semua pihak termasuk LKPP Corporation dan Perbandanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) kerana berjaya membina sebuah loji beryeknologi tinggi yang dapat membersihkan air ke tahap yang sangat bersih dan yang pertama dalam negara malah mungkin didunia.


0 comments:

share2