Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 12, 2019

[KUANTAN] NCWO ANJUR PERTANDINGAN 3B UNTUK INSTITUT PENDIDIKAN







Kerajaan Negeri dan Pertubuhan Majlis Wanita Kebangsaan (NCWO) telah menganjurkan pertandingan 3B ( Bina Bahan Belajar) menggunakan barangan terpakai.

Program ini telah berlangsung di Perpustakaan Awam Sultan Ahmad Shah dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Presiden NCWO, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Naib Presiden NCWO Zon Timur, Dato’ Sri Maznah Mazlan.

Sebanyak 57 kumpulan dari pelbagai institusi pendidikan di negeri ini telah menyertai Pertandingan Membina Bahan Bantu Belajar menggunakan barangan terpakai.

Pertandingan ini telah disertai daripada pelbagai institusi pendidikan termasuk sekolah, tadika, taska, politeknik dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

YB. Dato' Mohammad Fakhruddin berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan program yang dilaksanakan seperti ini kerana secara tidak langsung dapat menjaga alam sekitar selain dapat meningkat mutu pendidikan anak-anak.

"Syabas kepada semua yang terlibat dan kita sebagai Kerajaan Negeri menyambut baik program seperti ini dan akan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya pada masa akan datang dan berharap agar ada di kalangan anak pahang akan berjaya di peringkat kebangsaan" katanya.

Dalam majlis itu, YB. Dato' Mohammad Fakhruddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada NCWO untuk melaksanakan program seperti ini pada masa akan datang.



0 comments:

share2