Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 16, 2019

JANJI BULAN BINTANG, PH MENANG TAPI FELDA SAMPAI SEKARANG TAK DAPAT APA






Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim bersimpati dengan nasib peneroka khususnya warga FELDA yang telah tertipu dengan janji-janji Pakatan Harapan (PH) dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lebih setahun lalu.

Katanya, PH sedar bahawa kawasan FELDA memberi sumbangan kerusi Parlimen yang banyak kepada Barisan Nasional (BN) dan kerana itulah mereka mengatur strategi dengan mencipta perkara-perkara yang boleh memecahkan sokongan masyarakat kawasan terbabit.

“Ada 56 kawasan Parlimen FELDA yang bermakna jika PH nak menang selain daripada mendapatkan sokongan di kawasan bandar maka salah satu ialah mengurangkan kerusi BN di FELDA.

“FELDA sangat diperlukan mereka maka dicipta perkara-perkara yang boleh memecahkan sokongan warga Felda kepada BN hingga akhirnya rakyat percaya dan janji yang paling besar adalah nak menghapuskan hutang peneroka FELDA,” katanya.

Bidasnya, PH berjanji ‘bulan dan bintang’ mainkan perasan warga FELDA tapi apabila menang tak ada apa-apa sedangkan Inisiatif terakhir BN terhadap masyarakat peneroka iaitu FELDA 2.0 terbengkalai begitu saja.

“Sampai sekarang, tak nampak langkah-langkah baru dalam menangani masalah warga FELDA, PH tak ada inisiatif apa-apa sedangkan merekalah yang janji nak hapus semua.
“Sebelum ini BN dah bagi penerangan dan kita rasa kelakar dengan janji PH tapi nak buat macam mana sebab orang suka dan terpengaruh yang akhirnya hari ini langsung tak ada apa-apa dan orang yang bercakap pun senyap sampaikan jadi bahan dengan berkata ‘kesian… arwah ini baik orangnya’ tapi ini hanya cakap politik yang tak menguntungkan sesiapa,” katanya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Jelasnya, ketika itu kerana hendak mendapatkan sokongan warga FELDA maka PH janjikan pelbagai bentuk pelaksanaan yang seronok didengar apatah lagi kejayaan-kejayan FELDA yang nak terus bawa ke depan.

“Antara yang paling besar janji nak hapuskan hutang FELDA. Janji hapus hutang ini dimainkan tanpa ambil kira kelompok yang tepat dan dia punya cerita macam nak hapus semua 112,000 hutang peneroka yang ada.

“Mereka cerita rasa susah, ada cabaran dan halangan dalam FELDA namun lepas BN kalah barulah tahu apa erti sebenar kesusahan apabila harga komoditi makin rendah dan dikatakan bantuan kepada pekebun kecil dihapuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program terbitan Penerangan UMNO Malaysia ‘Hujah’ yang bertajuk ‘FELDA’ membincangkan berkaitan isu-isu warga peneroka yang dilihat seakan terjerat dalam pentadbiran PH hari ini.

Program tersebut telah dihoskan oleh Mohd Shafiq Fadhly dan disiarkan menerusi laman Facebook UMNO-Online, malam tadi.

“Saya bersimpati dengan warga Felda hari ini. Sebelum ini saya jaga warga FELDA, diberi tanggungjawab oleh BN. Saya belajar dari warga FELDA dan ia satu perkara yang bukan mudah dan hari ini apabila PH dah menang terbukti tak ada satu pun janji-janji mereka yang ditunaikan.

Terangnya, untuk mengurus FELDA perlu memahami keadaan dan kedudukan mereka yang berjumlah 112,000 peneroka itu.


“PH cerita pasal susah macamlah semua peneroka yang susah. Kena tahu 10 peratus tanam getah, 89 peratus tanam kepala sawit dan hasil tak sama. Ada peneroka yang tak jual hasil kepada FELDA, 84 peratus bersama FELDA dan baki urus sendiri.

“Ada kawasan FELDA hasilkan jumlah lebih tinggi berbanding kawasan lain sebab muka bumi, pokok kelapa sawit sampai tempoh 25 tahun kena tanam semula, ada kos dan perlu pastikan peneroka yang hilang pendapatan dalam tempoh tanam semula, kaedah kita dulu wujudkan pendahuluan dan itu yang namanya hutang, bila dah kena
tanam semula, hilang pendapatan kita berikan pendahuluan… cerita sebenarnya dibiaya.

“Ada peneroka yang tak mahu dan kita tak paksa. Bantuan baiki rumah RM40 ribu untuk baiki tapi lama kelamaan semua peneroka nak mohon termasuk besarkan rumah namun seringkali BN juga dijadikan punca kepada masalah peneroka,” katanya lagi.


0 comments:

share2