Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 15, 2019

ISU LTTE: DAP JANGAN CAMPUR TANGAN





Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris mempertikaikan rasionalnya Penasihat Dap, Lim Kit Siang mempersoalkan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari partinya.

Soalnya juga, siapakah Kit Siang untuk mengatakan ahli partinya tidak bersalah.

“Dap seharusnya tidak campur tangan dalam kes ini dan tidak mengeluarkan kenyataan yang akan menggugat proses perundangan.




“Pemuda UMNO berharap tidak wujud sebarang campur tangan terhadap proses perundangan melibatkan isu kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ini kerana Dap perlu menghormati ‘rule of law’ kerana penglibatan LTTE jelas mengancam keselamatan negara,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Bidasnya lagi, kenyataan Ahli Parlimen Dap Iskandar Puteri itu yang menolak penggunaan SOSMA bagi siasatan terhadap dua ADUN Dap yang ditahan kerana terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE akan menjejaskan proses perundangan.

ADUN Dap yang ditahan untuk siasatan itu adalah Gunasekaren Palasamy, wakil rakyat Seremban Jaya yang merupakan Timbalan Pengerusi Dap Negeri Sembilan manakala seorang lagi EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan ADUN Gadek, Saminathan Ganesan, juga Setiausaha Organisasi Dap Melaka dan Ketua Dapsy Melaka.

Ulas Dr Najmil seterusnya, SOSMA digubal untuk membendung aktiviti seseorang atau kumpulan yang mahu mengguling atau melemahkan negara, apatah lagi dunia hari ini berhadapan dengan ancaman-ancaman baru yang merentas sempadan seperti kumpulan pengganas LTTE.

“Penglibatan rakyat Malaysia dengan LTTE adalah sama seperti insiden Lahad Datu yang jelas berbentuk ancaman terhadap kesejahteraan dan keamanan negara.

“Jika penceroboh Lahad Datu boleh didakwa melalui SOSMA, maka mana-mana rakyat Malaysia yang terlibat dengan LTTE tidak mengira latar belakang politik juga perlu didakwa seperti itu,” kata Dr Najmil yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Tambahnya lagi, Akta 747 jelas memfokuskan kesalahan keselamatan yang dinyatakan dalam seksyen 2, jadual pertama, iaitu kesalahan dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) Bab VI yang melibatkan kesalahan terhadap negara dan Bab VI (A) tentang kesalahan yang berkaitan dengan fahaman keganasan (terorisme).

“Pada masa yang sama, Bab VI pula menyebutkan 12 jenis kesalahan (seksyen 130C–130M) yang melibatkan pencegahan kegiatan yang berkaitan dengan fahaman keganasan dan kegiatan sampingan yang menyokong fahaman keganasan dan kumpulan fahaman keganasan, termasuk menjadi ahli kumpulan pengganas (seksyen 130KA).

“Selain itu, terdapat tujuh kesalahan yang bertujuan menghalang sokongan kewangan dan harta terhadap kegiatan keganasan,” ujarnya.

Jelasnya lagi, PDRM juga telah mendedahkan wujud transaksi kewangan dalam jumlah yang besar dipercayai untuk menggerakkan kumpulan pengganas LTTE di negara ini.


0 comments:

share2