Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 21, 2019

ZAKIR NAIK : DR MAHATHIR PERLU BUAT KEPUTUSAN BERHIKMAH




KUALA LUMPUR 21 Ogos - Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu membuat keputusan yang berhikmah dalam isu Dr. Zakir Naik dengan mengambil kira kepentingan nasional dan hak asasi pendakwah antarabangsa itu.


Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui Perdana Menteri berada dalam keadaan sukar, namun apa juga keputusan harus mengimbangi antara kepentingan nasional dan hak asasi Zakir.


"Yang pasti, kita mengharapkan keputusan berhikmah dari beliau (Perdana Menteri)," katanya melalui hantaran di Facebook malam tadi.


Mohamad berkata, kekuatan sebenar Malaysia ialah kemajmukannya. Kehidupan harmoni pelbagai kaum dan agama, telah menjadi karakter utama negara ini. Lalu sesiapa jua yang cuba mengugat keharmonian ini, wajar bertangungjawab atas tindakan mereka.


'Jika benar apa yang diucapkan oleh Zakir Naik di Kota Bharu itu, bersifat menghasut dan boleh mengancam kehidupan rukun damai masyarakat Malaysia, maka beliau harus bertanggungjawab dan menghadapi proses undang-undang.


"Kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin dalam Perlembagaan. Tetapi ia bukan mutlak. Tiada siapa jua, walau seorang ulama besar mahupun negarawan, mempunyai kebebasan untuk memperlekehkan status, kedudukan dan kewarganegaraan kaum tertentu di Malaysia.


"Kepada Zakir Naik, anda telah dilayan dengan terhormat di negara ini. Dan anda seorang pendakwah yang terkemuka. Maka adalah tanggungjawab anda untuk berlaku bijaksana dan menujukkan teladan bahawa Islam itu adalah kebaikan untuk semua.


J"ika anda tidak berupaya melakukan itu, maka anda tidak boleh menyalahkan Kerajaan Malaysia jika ia bertindak keatas saudara," katanya.


Namun tindakan mengusir Zakir katanya, haruslah dipertimbangkan sebaik-baiknya.


"Tun Mahathir berhadapan dengan keadaan yang sukar.


"Tidak mengusir beliau akan dilihat sebagai penerimaan kata-kata beliau yang menyinggung perasaan, malah tidak menghormati kaum-kaum tertentu di Malaysia. Namun begitu, jika dihantar pulang, nyawa dan hak asasi beliau akan terancam, maka kita mesti bertindak rasional," kata Mohamad.


Katanya, walaupun tidak bersetuju dengan pendapat Zakir Naik dalam isu tertentu, keadilan hanya akan dapat dicapai jika kita mendapat jaminan bahawa hak asasi beliau dihormati, jika beliau diusir.


"Jika diyakini bahawa hak asasi itu akan dikompromi, maka Malaysia bertanggungjawab untuk bertindak dengan bijaksana berdasarkan amalan terbaik perundangan antarabangsa," katanya.


SUMBER  -UTUSAN ONLINE

0 comments:

share2